Pencalonan pempengaruh kontroversi jadi tumpuan
Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pengguna Threads, Ridzuan Chandurii, mencetuskan perdebatan hangat apabila dia mempersoalkan pencalonan pempengaruh, Cik Epal, dalam sebuah anugerah hiburan anjuran TV3.
“Tak faham. At the first place kenapa dia tercalon? Apa sumbangan dia dalam industri seni. Ini bukan salah Cik Epal, TV3 yang calonkan dia,” tulisnya secara terbuka.

Reaksi balas tidak menunggu lama. Rata-rata pengguna media sosial tampil memberi pandangan. Ada yang bersetuju, namun ramai juga mempertahankan pencalonan tersebut dan menjelaskan semula maksud sebenar “selebriti”.
Baca juga:
- ‘Kesilapan saya sebab terlalu percayakan orang’ – Azar Azmi
- Namron zahir sokongan, minta Que Haidar terus kuat
- Yusuf Bahrin, Zizi Kirana sah bercerai talak satu
Netizen jelaskan kriteria kemenangan
Sebahagian netizen menegaskan bahawa anugerah itu berdasarkan undian orang ramai dan populariti semasa, bukan sumbangan seni semata-mata.
“Ko baca ke tak tajuk award yang dia menang tu??? Ko paham tak maksud trending??” soal @irfan_noah28.
Pengguna @aisyveil pula membalas kritikan dengan sinis, “Bang, kau faham tak apa maksud selebriti? Selebriti tak semestinya artis bang oiii. Pergilah tanya ChatGPT tu. Apoooo la ko ni.”
Ada juga yang tampil berkongsi definisi selebriti secara lengkap.
“Perkataan ‘selebriti’ bermaksud seorang yang terkenal atau orang ternama, terutama dalam bidang hiburan,” kata @aidamad__ sambil menyertakan infografik contoh selebriti termasuk penyanyi, pelakon dan influencer.
“Tak sesuai sebab dia viral sebab kes rumah tangga” – Netizen
Sebilangan netizen tetap tidak bersetuju dengan pencalonan tersebut dan mengaitkan populariti individu itu hanya pada isu kontroversi.
“Itulah, bagi saya pun tak sesuai sebab dia viral kes rumah tangga. Macam tak kena dapat anugerah sebab kisah sedih kehidupan,” ujar @me.and.myself21.
@syafrieza_asri pula berkata, “Kalau dia menang sebab dia adalah blogger, sangat tak masuk akal sebab blog dia dah lama tenggelam. Saya berani bet orang TV3 kenal dia sebab isu rumah tangga je.”
Baca juga:
- Pelajar tingkatan tiga maut selepas pamer aksi wheelie
- Lelaki ditemui maut dalam stor berkunci di fasiliti sukan UPSI
- ‘Tiada sekatan MyKad bagi BUDI95 selagi patuh undang-undang’ – JPN
Influencer pun dah sebahagian industri
Walau begitu, ramai yang tampil mempertahankan perubahan landskap industri hiburan hari ini yang lebih inklusif terhadap influencer media sosial.
“Influencers pun dah sebahagian dalam bidang industri ni. Sebab tu banyak industri bekerjasama dengan geng-geng influencers ni, sebab nak menaikkan engagement dorang,” jelas @umikaisarah97.
@nanazarina_ pula menyokong, “Selebriti tu tak semestinya artis. Dia dulu blogger, ramai yang kenal. Kalau dia jadi duta dan orang ramai beli, maknanya dia tumpuan.”
Nafi kutuk CE
Selepas menerima pelbagai reaksi, Ridzuan tampil menjelaskan niat asalnya.
“Saya tak kutuk CE. Saya kutuk TV3, for what calonkan CE. She are not celebrity. Period,” tulisnya, menegaskan kritikannya ditujukan kepada penganjur, bukan individu yang menerima anugerah.
Perdebatan ini membuka perbincangan lebih luas tentang apa yang layak digelar selebriti pada zaman digital ini. Selebriti bukan lagi eksklusif kepada artis atau penyanyi, malah turut merangkumi influencer, usahawan dan individu viral yang menjadi perhatian umum.
Namun, ia juga menimbulkan persoalan sejauh mana garis antara populariti dan pencapaian wajar dijadikan ukuran, terutama apabila pengiktirafan datang dari platform media arus perdana.
Sumber: Threads











