Pada 10 April lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengumumkan peruntukan RM6.13 juta untuk 33 projek pembangunan dan kemudahan awam di kawasan Parlimen Tapah di bawah Program Sentuhan Kasih 3.0.
Pengumuman itu bagaimanapun mengundang kritikan daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang menyifatkannya sebagai satu bentuk penyalahgunaan sumber kerajaan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning.
Bersih menegaskan bahawa tindakan mengumumkan peruntukan besar di kawasan yang terlibat dengan pilihan raya bercanggah dengan prinsip pilihan raya yang adil dan bersih.
- ‘Janganlah sampai ekstrem’ – Azalina tegur Abdul Hadi samakan CSA dengan ‘Dajjal’
- Abdul El-Sayed cipta sejarah, senator Islam pertama AS
- KBS tak lulus HYROX KL 2026 selagi tajaan syarikat alkohol tak ditarik balik
- Premis sembelih ayam di Puchong tiada sijil halal, perakuan penyembelih
- Thailand gesa rakyat sedia beg kecemasan, bekalan cukup untuk 72 jam
Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil mempertahankan Nga Kor Ming. Menurutnya, pengumuman itu tidak melanggar sebarang peraturan kerana dibuat sebelum hari penamaan calon yang berlangsung pada 13 April.
“Pengumuman itu dibuat sebelum proses penamaan calon. Kalau selepas itu, kita kena bagi amaran… tidak boleh,” katanya memetik laporan MalaysiaKini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, kerajaan telah menetapkan garis panduan yang jelas — sebarang penggunaan jentera atau pengumuman peruntukan kerajaan hanya dilarang selepas penamaan calon sehingga hari mengundi.
PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin pada 22 Februari lalu. Hari pengundian ditetapkan pada 26 April, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 22 April.








