'Wow! Atilia ada tatu di belakang bahu?' - Netizen terkejut tengok video Atilia Haron bertatu - The Reporter

‘Wow! Atilia ada tatu di belakang bahu?’ – Netizen terkejut tengok video Atilia Haron bertatu

Sedang heboh di media sosial mengenai seorang selebriti wanita beragama Islam mempunyai tatu di bahagian belakang bahunya mengundang pelbagai reaksi netizen.

Difahamkm, video tersebut dimuat naik oleh pengacara Daphne Iking di akaun TikToknya yang menunjukkan penyanyi Atilia Haron sedang bernyanyi untuk membuat ‘soundcheck’.

Berdasarkan kapsyen pada video tersebut, dua selebriti berkenaan berada di sebuah kafe yang menjadi tempat untuk penganjuran majlis amal.

“From meeting to soundcheck, tetiba Atilia Haron buat concert jap,” tulisnya.

Dalam video itu, jelas kelihatan bahagian belakang bahu kiri Atilia mempunyai tatu dipercayai berbentuk bunga.

Hal itu mengundang pelbagai reaksi negatif netizen, sehingga ada yang menuduh Atilia sengaja mencabar Tuhan.

Sumber: TikTok Daphne Iking

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!