Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa semua pihak memainkan peranan meredakan perselisihan yang berlaku antara institusi diraja.
Beliau berkata, golongan pembesar tanpa mengira latar belakang atau jalur politik seharusnya bertindak sebagai pendamai dalam menghadapi situasi berkenaan.
Menurutnya, mereka tidak sepatutnya menjadi pihak yang menghangatkan lagi keadaan atau mencetuskan ketegangan lebih besar.
“Raja dengan Raja berselisih. Pembesar tidak kira dari jalur politik apa sepatutnya menjadi pendamai, bukan batu api yang menghangatkan perbalahan,” katanya menerusi satu kenyataan.
Baca juga:
- Lembaga Adat Luak Jelebu dakwa pelantikan Undang ke-17 tidak sah
- Pemandu BYD Seal mengaku tak bersalah atas tiga pertuduhan
- Tular SUV masuk landasan kereta api, KTMB tampil beri penjelasan
Muhamad Akmal berkata, sebarang perselisihan yang berpanjangan akhirnya boleh memberikan kesan kepada rakyat.
Justeru, beliau turut menaruh harapan agar pendamaian dapat dicapai dalam kalangan Raja-Raja demi kepentingan rakyat dan negara.








