Bila memiliki sebuah rumah ni, antara perkara yang kita akan fikir terlebih dahulu adalah warna cat betul tak?
Mana taknya, kalau rekaan luar dan dalam rumah dah cantik, warna cat pun mestilah kena pilih yang sesuai. Barulah naik seri rumah tu!
Tapi, warna cat saja tak mencukupi tau. Kalau korang perasan, banyak rumah yang nampak ‘mewah’ selalu ditenggelami masalah cat berlumut dan kotor.
Kenapa Cat Luar Rumah Cepat Kotor & Berlumut
Tahu tak, dinding luaran rumah ni sangat mudah terdedah dengan habuk pembinaan, asap daripada kenderaan dan kedai makan serta debu-debu kecil bawaan angin seperti jerebu.
Biasalah, bila kita cat rumah ni, awal-awal memang nampak cantik tersergam, tapi bila dah lama terdedah, perkara-perkara inilah yang memberi kesan buruk pada kualiti dan ketahanan permukaan cat, walaupun korang dah jaga sebaiknya.
Itu belum cerita lagi kawasan luaran rumah yang sangat mudah kumpul habuk dan debu, macam dinding hadapan dan susur tebing rumah, pagar luar, dinding bawah cucur atap, permukaan berhampiran kawasan lanskap dan kawasan teduh yang lembap.
Kalau perasan, kawasan-kawasan ini lah yang selalunya nampak kotor dan berlumut betul tak? Bila kotoran berkumpul, ia akan memerangkap kelembapan pada permukaan dinding, menyebabkan pertumbuhan kulat dan lumut.
Macam Mana Nak Pilih Cat Yang Bagus & Tahan Lama
Tak dinafikan, warna cat tu memang penting untuk naikkan lagi seri rumah, tapi apa yang lebih penting bila nak memilih cat ni adalah bahan kandungan serta ciri yang tersedia. Maksudnya?
Kalau korang nak tahu, cat yang bagus adalah cat yang dilengkapi dengan ciri-ciri seperti:
– meminimumkan pengumpulan kotoran dan kesan cela
– mudah dibersihkan
-tahan kulat dan lumut, terutamanya untuk dinding luar
– mengekalkan ketahanan warna
– dapat melindungi cat daripada cuaca melampau
Bukan itu saja, teknologi di sebalik pemprosesan cat pun memainkan peranan penting dalam memastikan dinding kekal lebih bersih, tahan lama dan sentiasa tampak baru dalam jangka masa panjang.
Jadi, cat apa yang ada ciri-ciri bagus macam ni?
Cat Luar Rumah Anti Kotor & Tahan Lama: Nippon Paint Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt
Macam yang kami katakan tadi, dinding luaran rumah ni sangat mudah terdedah dengan bahan-bahan pencemar dan cuaca yang tak menentu.
Jadi, dengan adanya Nippon Paint Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt, korang boleh kurangkan risau tentang dinding luar rumah yang cepat kotor!
Menariknya, ia diformulasikan dengan Quartz Technology dan Keep Clean Technology dengan 5X POWER Anti-Dirt Formulation untuk membantu dinding kekal lebih bersih dan tahan lama tau.
Apa yang best dengan cat ini adalah ia menggunakan Dirt Repel Polymer yang menghasilkan permukaan penolak kotoran yang diaktifkan oleh air hujan, membantu air hujan membasuh kotoran sebelum ia sempat menumpuk. Pada masa sama, dapat ia memberikan perlindungan daripada sinaran UV, kulat, lumut dan kesan efflorescence.
Paling penting, ia mempunyai ketahanan kotoran terbaik dalam kelasnya serta dapat memberikan perlindungan sehingga 15 tahun (bergantung pada lokasi, pendedahan cuaca dan penjagaan), mengekalkan penampilan dinding luar yang lebih bersih dan mudah dijaga. Bestnya!
Untuk hasil terbaik, sapukan satu lapisan Nippon Paint 8100 Weatherbond® Sealer, diikuti dua lapisan Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt. Pastikan dinding dibersihkan dan benar-benar kering (kelembapan di bawah 16%) sebelum mengecat.
Utamakan Kualiti, Barulah Mudah Dijaga
Sekarang korang dah tahu kan yang warna cat bukanlah segala-galanya. Paling penting, untuk menaikkan seri rumah agar rumah sentiasa nampak bersih dan menawan, kualiti dan bahan juga perlu dititikberatkan.
Kalau korang nak tahu, Nippon Paint Malaysia menawarkan penyelesaian cat luaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan moden tau.
Daripada perlindungan terhadap cuaca tropika, sifat kalis kotoran.
Jadi, dengan memilih penyelesaian berprestasi tinggi macam Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt korang dapat melindungi dinding rumah dan kurangkan kerja penyelenggaraan dalam jangka masa panjang.
Maklumat lanjut serta tips penjagaan, layari laman web rasmi Nippon Paint Malaysia atau ikuti media sosial mereka di Facebook dan Instagram.








