Premis Bersepah Terjawab! Misteri ‘Makhluk Berbulu’ Berjaya Dirakam CCTV, Tonton Atas Risiko Sendiri | The Reporter

Premis Bersepah Terjawab! Misteri ‘Makhluk Berbulu’ Berjaya Dirakam CCTV, Tonton Atas Risiko Sendiri

Air Kelapa Karta

Bayangkan, kedai runcit yang korang selalu pergi setiap minggu untuk beli barangan rumah tu kena pecah masuk dengan seekor binatang… Confirm kepoh satu taman! 

Macam baru-baru ni, ada satu rakaman CCTV menunjukkan seekor beruang matahari dengan selamba pecah masuk sebuah kedai runcit, dan reaksi netizen? Bercampur.

Ada yang kata ni AI lah, ada yang takut nak datang kedai runcit lah, ada juga yang kata kedai runcit tu kena level up sistem keselamatanlah. 

Tapi, to be fair, video yang tular di media sosial tu tak memaparkan rakaman penuh kejadian tersebut, dan sejujurnya kami yakin korang pun tak akan sangka apa kesudahannya.

Beruang Pun Pandai Memilih?

Dalam video yang tular, beruang matahari tersebut tidak melakukan sebarang onar, malah lebih mengejutkan, ia hanya berjalan dari lorong ke lorong, seolah-olah sedang mencari sesuatu. 

Kejap jalan, kejap berhenti, kemudian sambung berjalan, itulah yang dilakukan oleh beruang matahari tersebut, sampailah pada beberapa minit terakhir, CCTV dapat rakam sesuatu yang semua orang tak expect!

Beruang tersebut kelihatan seperti tertarik pada sesuatu, bukan makanan, bukan daging, tapi air? Haa, korang pun mesti rasa pelik kan?

Tak Suka Tiruan, Approve Yang Semula Jadi Saja

Sebelum korang buat andaian sendiri, sebenarnya beruang matahari yang tular dalam rakaman CCTV tersebut adalah Sani,  brand buddy comel untuk air kelapa Karta. 

Haa, sekarang baru korang faham kan kenapa semua situasi ni terjadi? Beruang yang pecah masuk untuk pilih air kelapa tu sebenarnya bukan kebetulan pun. 

Sani ni kan ‘penjaga alam’, jadi memang automatiklah dia akan tertarik dengan benda-benda yang semula jadi, tulen, dan tanpa bahan pengawet.

Dia bukan setakat suka produk yang semula jadi tau, tapi dia memang ‘pangkah’ habis benda-benda yang diproses atau tiruan ni. 

Kalau korang perasan, dalam rakaman CCTV tu pun dah nampak yang Sani ni sengaja pusing satu kedai macam dia ikut gerak hati dia pilih punya pilih, at the end, pilih air kelapa Karta.

Kenapa Air Kelapa Karta?

Tak dinafikan, air kelapa Karta ini semestinya menjadi pilihan ramai sebab ia diperbuat menggunakan 100% air kelapa asli. Patutlah Sani suka!

Bukan itu saja, ia juga bebas daripada sebarang bahan pengawet, pewarna dan kolesterol, menjadikan ia minuman yang sesuai dinikmati oleh pelbagai lapisan umur. 

Selain itu, kalau korang aktif bersukan atau badan mula lesu atau demam, minum saja air kelapa Karta sebab ia mengandungi elektrolit semula jadi, memastikan badan sentiasa rasa segar dan kekal terhidrat.

Jelajah Satu Malaysia Bersama Sani

Ya, betul! Korang berpeluang untuk menjelajah bersama Sani, siap dapat rasa sendiri keenakan dan kesegaran air kelapa Karta tau. 

Macam mana? 

Senang saja, apa yang korang perlu buat adalah naik mana-mana pengangkutan e-hailing yang mempunyai pelekat iklan Karta dan korang akan dapat  330ml air kelapa Karta!

Bawa Sani Ke Mana Saja Korang Pergi!

Disebabkan kecomelan Sani ni, Karta tahu confirm ramai akan suka kalau mereka keluarkan merchandise. Jadi, pada bulan Ogos ini, Karta akan mengeluarkan charms untuk telefon pintar!

Dengan pembelian air kelapa Karta berjumlah RM20, korang akan dapat Blind Box yang mengandungi charms ni tau.

Jadi, pastikan korang beli air kelapa Karta untuk kumpul kesemua merchandise ini okay! 

Jadi, lepas ni kalau korang nak grab and go air kelapa yang menyegarkan, jangan lupa dapatkan air kelapa Karta di mana-mana kedai serbaneka berdekatan atau secara dalam talian di Karta Supermall

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Karta atau ikuti media sosial di Facebook, Instagram dan TikTok.

Related Posts