Macklemore digugurkan daripada jelajah Ed Sheeran selepas laung ‘Free Palestine’ | The Reporter

Macklemore digugurkan daripada jelajah Ed Sheeran selepas laung ‘Free Palestine’

Rapper Amerika Syarikat Macklemore ketika membuat persembahan dengan bendera Palestin pada pakaiannya.
Rapper Amerika Syarikat, Macklemore ketika membuat persembahan dalam sebuah acara. Gambar: Instagram Macklemore

Penyanyi rap dan penulis lagu Amerika Syarikat, Macklemore digugurkan daripada baki konsert jelajah Ed Sheeran di negara itu selepas beberapa venue dilaporkan enggan membenarkannya membuat persembahan susulan kenyataan menyokong Palestin.

Macklemore atau nama sebenarnya Benjamin Haggerty sebelum ini melaungkan ‘Free Palestine’ ketika membuat persembahan sebagai artis pembuka dalam konsert Loop Tour Ed Sheeran di MetLife Stadium, New Jersey pada 4 September lalu.

Menurut Messina Touring Group selaku promoter jelajah berkenaan di AS, pihaknya dimaklumkan oleh beberapa venue bagi konsert akan datang bahawa mereka tidak akan membenarkan persembahan berlangsung sekiranya Macklemore kekal dalam barisan artis.

Promoter itu berkata, keadaan berkenaan berpotensi menyebabkan jelajah tersebut dibatalkan dan memberi kesan kepada ratusan ribu peminat.

Susulan perbincangan bersama pihak berkepentingan, keputusan dibuat bahawa Macklemore tidak lagi akan membuat persembahan sebagai artis sokongan bagi baki konsert yang dijadualkan.

Macklemore sebelum ini dijadualkan tampil dalam lapan daripada 10 baki konsert jelajah Ed Sheeran di AS yang akan bersambung di Philadelphia pada 19 September.

Rolling Stone melaporkan venue yang didakwa membantah penyertaannya termasuk stadium di Philadelphia, Foxborough, Atlanta, Indianapolis, Charlotte, Arlington dan Tampa. Kebanyakan venue berkenaan bagaimanapun tidak memberikan komen ketika dihubungi media itu.

@markhorkorkusuz

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Here is Macklemore’s full speech at MetLife Stadium. Following the backlash over his remarks, he was removed from the remaining dates of Ed Sheeran’s Loop Tour. Watch the entire speech before sharing your opinion. @Macklemore @Ed Sheeran @MetLife Stadium #macklemore #edsheeran #metlifestadium #freepalestine #looptour

♬ original sound – Ahsan Goraya
Baca juga:

Kontroversi tercetus selepas Macklemore menggunakan pentas konsert di MetLife Stadium untuk menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Selain melaungkan ‘Free Palestine’, penyanyi rap itu turut memaparkan imej kemusnahan di Gaza dan mempersembahkan lagu protesnya, Hind’s Hall, yang dilancarkan pada 2024 sebagai tanda solidariti terhadap gerakan pro-Palestin.

Kenyataan Macklemore mencetuskan kritikan daripada beberapa kumpulan pro-Israel, manakala Israeli American Council turut melancarkan petisyen mendesak Ed Sheeran menggugurkan penyanyi rap itu daripada jelajah berkenaan.

Dalam hantaran di Instagram pada Isnin, Macklemore berkata beliau dan Ed Sheeran telah melalui beberapa perbincangan sukar sepanjang minggu lalu susulan kontroversi tersebut.

Bagaimanapun, Macklemore mempertahankan pendiriannya dan menegaskan bahawa antara sebab beliau menyertai jelajah itu adalah untuk menggunakan pentas yang diberikan bagi menyuarakan sokongan terhadap rakyat Palestin.

Sumber: Reuters, Rolling Stone

Related Posts