Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Universal Music Malaysia mengambil langkah menurunkan video muzik single terbaharu kumpulan Dolla berjudul Question daripada semua platform digital selepas menerima kritikan dan kebimbangan masyarakat berhubung penampilan serta gaya fesyen ahli kumpulan itu yang dianggap tidak sesuai.
Dalam satu kenyataan, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim, berkata keputusan itu dibuat selepas penelitian menyeluruh terhadap kandungan video muzik berkenaan dan maklum balas masyarakat yang menyifatkan penampilan tersebut mencolok mata serta menimbulkan sensitiviti penonton pelbagai kaum dan agama.
Menurut Kim Lim, sebagai syarikat rakaman yang beroperasi dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, mereka sentiasa menghormati budaya, nilai dan sensitiviti agama.
“Kami ambil serius setiap maklum balas dan bertanggungjawab atas sebarang kekhilafan. Kreativiti dan ekspresi seni perlu seiring dengan kepekaan terhadap norma setempat. Oleh itu, menurunkan video muzik ini adalah keputusan yang wajar demi menjaga keharmonian dan rasa hormat semua pihak,” katanya.
Universal Music Malaysia juga menegaskan komitmen untuk memperketat semakan dalaman terhadap setiap perancangan kreatif selepas ini, termasuk menambah baik proses konsultasi profesional bagi mengelakkan insiden serupa berulang.
Baca juga:
- ‘Tiada seorang pun datang merungut’ – Neelofa & PU Riz jawab isu caj kelas agama RM850
- Fizo Omar bidas netizen beri rating satu bintang Restoran Rembayung
- YDP, Naib YDP Muafakat MRSM Sungai Besar saman Rita Rudaini
Dapat perhatian Menteri & teguran pendakwah
Kontroversi video muzik Question turut menarik perhatian kerajaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, dilapor sedang meneliti kemungkinan mengenakan tindakan jenayah syariah terhadap selebriti Muslim yang berpakaian keterlaluan atau mencolok mata.
Beliau juga mengarahkan semakan semula garis panduan pemakaian selebriti beragama Islam bagi memastikan penampilan mereka lebih selaras dengan batas syariah dan sensitiviti masyarakat.
Sebelum ini, pendakwah, Ustazah Asma’ Harun juga memberikan teguran terbuka buat kumpulan berkenaan dan menyifatkan penampilan yang ditonjolkan dalam muzik video tersebut sebagai menjatuhkan maruah.
Sumber: Berita Harian








