(Video) 'Kau memang takde hati perutlah dik' - Driver e-hailing kesal, student UiTM Shah Alam cancel last minute - The Reporter

(Video) ‘Kau memang takde hati perutlah dik’ – Driver e-hailing kesal, student UiTM Shah Alam cancel last minute

Seorang pemandu e-hailing meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan pelajar UiTM Shah Alam yang membatalkan pesanan perkhidmatannya di saat-saat akhir, sedangkan dia sudah hampir tiba ke lokasi. 


Pemandu berkenaan yang dikenali sebagai Brader Teksi berkata, perkara itu sudah sering berlaku terhadapnya dan disebabkan itu, dia terpaksa tampil membuat teguran melalui media sosial dengan harapan teguran itu disampaikan kepada para pelajar UiTM Shah Alam. 

“Kepada para pelajar UiTM Shah Alam, tolonglah… driver dah dekat, kau janganlah cancel. Aku daripada Seksyen 3 tadi nak pergi ke tempat kau, Dataran Cendekia, terpaksa redah traffic jam di bulatan mekdi, bulatan Seksyen 2, pukul 7.40 pagi. 

“Aku tau kau nak kejar kelas kau, aku dah bergegas pergi ke sana. Tetapi bila dah sampai di depan pintu masuk utama UiTM, kau boleh cancel? Kau memang tak ada hati perutlah dik. 

“Kami driver ni nak mencari rezeki. Aku ni, kalau budak UiTM Shah Alam booking, memang akan pergi pickup. Tak kisahlah tambang murah ke, aku dari jauh ke, aku tetap datang. Terutamanya pada waktu puncak pagi, tengah hari dan petang, pasal aku tahu korang nak pergi kelas. 

@thegoutfather15 #braderteksi ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

“Kalau kau nak cancel, kau cancel lah awal-awal. Ini dah dekat, dah nak sampai, kau cancel? Tak baiklah aniaya orang macam ni. Kau nak pergi menuntut ilmu, tapi kau buat orang macam ni,” katanya. 

Walau bagaimanapun, Brader Teksi enggan memanjangkan perkara itu dan dengan penuh keikhlasan hati telah memaafkan pelajar terbabit. 

Sumber: Brader Teksi

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!