Suami luah kecewa, isteri ditangkap khalwat | The Reporter

Suami luah kecewa, isteri ditangkap khalwat

Tangkap layar video yang dikongsikan oleh JAIM di TikTok.
Tangkap layar video penguat kuasa JAIM memaklumkan kesalahan suspek.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


‘Aku tak tumbuk kau dah baik tau, lagi kau nak ‘langsi’ dengan aku ek’.

Itu antara kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang lelaki kepada isterinya ketika ditangkap berkhalwat dengan kekasihnya di sebuah rumah di Krubong, semalam.

Situasi berkenaan dirakam oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di tempat kejadian.

“Kekecohan berlaku di antara si isteri dan suami yang berada di tempat kejadian.

“Kesalahan di bawah Seksyen 53 Enakmen Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu lelaki dan perempuan Islam yang tidak mempunyai hubungan sah, bukan mahram, bersekedudukan atau berkhalwat yang mendatangkan syak,” katanya.

Situasi kembali tegang apabila dilihat pasangan suami isteri berkenaan sekali lagi bertengkar sebelum ditenangkan oleh penguat kuasa.

@unit.operasi.bpk

‘Imam menangkap pasangan berkhalwat’ “Disclaimer: Kandungan video bukan untuk mengaibkan tetapi bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat sebagai kempen “Amar Makruf Nahi Munkar” #operasi #bpk #jaim #kerja #penguatkuasaagama

♬ original sound – Penguatkuasa JAIM – Penguatkuasa JAIM
Baca juga:

Apa yang mencuri perhatian apabila suami kepada wanita berkenaan dilihat menyapu air mata dan ditenangkan oleh beberapa individu.

JAIM juga memaklumkan kedua-dua suspek telah dibawa ke pejabat JAIM untuk proses selanjutnya.

“Kandungan video bukan untuk mengaibkan tetapi bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat sebagai kempen “Amar Makruf Nahi Munkar”, katanya.

Related Posts