Seorang lelaki mengalami kecederaan di bahagian paha dan kaki dipercayai akibat digigit buaya dalam kejadian di tebing Sungai Linggi, Kampung Tanjung Agas, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Jaafa Hasan, 62, yang juga Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kampung berkenaan.
Memetik laporan Kosmo, mangsa diserang reptilia berkenaan ketika sedang berada di tebing sungai untuk menebar jala.
Difahamkan, menurut nelayan tempatan, mangsa dipercayai tidak menyedari kehadiran buaya sebelum haiwan itu tiba-tiba membahamnya.
“Mangsa dipercayai sempat bergelut dengan buaya tersebut sebelum berjaya menyelamatkan diri,” katanya.
Baca juga:
- Lelaki warga emas cedera dipercayai digigit buaya ketika menjala udang
- Jemaah haji wanita Malaysia meninggal dunia di Makkah
- Insiden Platform Sepat: PETRONAS siasat punca kejadian
Akibat serangan itu, mangsa mengalami kecederaan serius pada kaki serta paha sebelum dikejarkan ke hospital oleh pasukan paramedik untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan difahamkan sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan.
Sumber: Kosmo, Sinar Harian









