Jemaah haji wanita Malaysia meninggal dunia di Makkah | The Reporter

Jemaah haji wanita Malaysia meninggal dunia di Makkah

Suasana jemaah haji di Masjidil Haram, Makkah.
Gambar : Jawaratour

Seorang jemaah haji wanita Malaysia bagi musim dilaporkan meninggal dunia di Makkah pada Ahad, selepas mengalami pendarahan otak.

Menurut kenyataan Lembaga Tabung Haji, Allahyarhamah berusia 52 tahun berasal dari Parit Jawa, Johor dan menunaikan ibadah haji seorang diri sebagai jemaah kumpulan KT08. Beliau menginap di Hotel Rehab Al-Janadriyah sepanjang berada di Tanah Suci.

Allahyarhamah disahkan meninggal dunia di Hospital Shefaa pada jam 5.00 pagi sebelum jenazah dibawa untuk urusan seterusnya.

Baca juga:

Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjidil Haram untuk disolatkan selepas solat Zuhur, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Sharai’, Makkah.

“Allahyarham telah disahkan meninggal dunia di Hospital Shefaa pada jam 5.00 pagi akibat pendarahan otak. Jenazah telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat Zuhur semalam dan kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Sharai’, Makkah untuk dikebumikan,” jelas kenyataan itu.

Pihak Tabung Haji turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah.

Related Posts