Tabung untuk Adrian Adam dihentikan, Pak Nil umum jumlah kutipan | The Reporter

Tabung untuk Adrian Adam dihentikan, Pak Nil umum jumlah kutipan

Pak Nil bersama Amyza Aznan merakamkan penghargaan kepada penderma selepas tabung bantuan Adrian Adam ditutup dengan kutipan RM191,947.73.
Tangkapan layar video yang dimuat naik oleh Pak Nil.

Tabung kutipan yang dibuka oleh pengacara, Datuk Aznil Nawawi, bagi membantu anak kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam yang menghidap kanser tulang, ditutup secara rasmi pada hari ini.

Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil berkata, jumlah keseluruhan kutipan yang berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai mencecah RM191,947.73 sebelum ia dipindahkan sepenuhnya kepada akaun keluarga penerima.

“Alhamdulillah Miza, terimalah infak daripada akaun ini. Bukan Miza minta sekali lagi, Pak Nil yang minta daripada peminat-peminat, follower Pak Nil.

“Tak guna ada follower sampai 2 juta kalau kita tayang dekat orang, buat berjuta-juta, tapi kita tak lakukan apa-apa untuk bantu kawan-kawan, saudara mara dan mereka yang memerlukan,”katanya.

Baca juga:

Amyza melalui perkongsian video Pak Nil turut merakamkan penghargaan kepada semua penderma dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak serta menyifatkan sumbangan itu sebagai tanda kasih sayang terhadap Adrian.

“Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang menyumbang untuk Adrian Adam. Terima kasih atas kasih sayang anda kepada kami semua. Saya tumpang saja,” katanya lagi.

Rabu lalu, Pak Nil mengambil inisiatif untuk membuka tabung kutipan bantuan berkenaan bagi membantu menampung kos perbelanjaan dan perubatan Adrian yang disahkan mengalami kanser tulang.

Related Posts