U-Turn: Muhyiddin Yassin tawar diri jadi Presiden Bersatu untuk sepenggal lagi - The Reporter

U-Turn: Muhyiddin Yassin tawar diri jadi Presiden Bersatu untuk sepenggal lagi

Sumber gambar: Kosmo! Online

Semalam kecoh Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin mengumumkan dirinya tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Bersatu, mengejutkan ramai ahli parti.

Menurut Muhyiddin, sudah tiba masanya dia berundur dan memberi peluang kepada kepimpinan baharu untuk mengambil alih parti berkenaan.

Bagaimanapun hari ini, Muhyiddin membuat pusingan U berhubung keputusan itu dan menawarkan dirinya untuk terus menjadi Presiden Bersatu selama sepenggal lagi.

Jelas Muhyiddin, keputusan itu dibuat selepas dinasihati oleh isterinya, Norainee ABdul Rahman yang memintanya untuk terus kekal memimpin parti tersebut.

“Sebenarnya ketika saya umumkan semalam, isteri saya mesej untuk minta saya kekal lagi satu penggal.

“Dia kata jangan kecewakan ahli, dia kata mereka perlukan awak. Saya kata, okay, saya akan kekal untuk penggal terakhir,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga menegaskan bahawa pengumuman yang dibuat sealam bukannya gimik, mahupun main-main. Tetapi semuanya sudah ditulis dalam ucapan dasar.

Sumber: Malaysia Gazette

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!