'Ini negara saya, selagi hidup saya akan terus berjuang' - Tun M | The Reporter

‘Ini negara saya, selagi hidup saya akan terus berjuang’ – Tun M

Tun Dr. Mahathir Mohamad berjalan sambil diiringi orang ramai dalam satu perhimpunan awam.
Tun Mahathir disambut mesra oleh orang ramai | Kredit gambar: FB Tun Dr Mahathir Mohamad

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini tampil menjawab persoalan mengapa beliau masih bersuara dan bergelut dalam politik negara walaupun sudah berusia 100 tahun, menegaskan bahawa perjuangannya adalah demi bangsa dan negara yang amat disayangi.

Dalam satu hantaran tegas dan puitis di Facebook, negarawan itu menyatakan bahawa kecintaannya kepada tanah air tidak pernah luntur meskipun usianya telah lanjut, kerana Malaysia adalah tempat lahir dan tanah tumpah darahnya.

“Saya sudah tua, berusia seratus tahun satu abad. Ya, saya tua. Tetapi rasa sayang kepada negara tidak pernah luntur. Ini negara saya,” tulis beliau.

Baca juga:

“Saya Melayu, ini negara Melayu, negara saya”

Tun Mahathir menekankan bahawa sebagai seorang Melayu yang dilahirkan dan membesar di tanah ini, beliau berasa bertanggungjawab untuk terus menyumbang buah fikiran serta tenaga dalam memastikan negara kekal terpelihara.

“Saya Melayu. Ini negara Melayu, negara saya… Jika tidak dipelihara, akan hilanglah negara saya,” katanya lagi.

Hantaran itu dipercayai sebagai reaksi balas terhadap kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang membidas tindakan beliau kerana masih campur tangan dalam urusan politik negara walaupun telah memerintah selama 24 tahun dan memiliki kekayaan yang besar.

“Saya ingin bersama yang muda memelihara bangsa”

Tun Mahathir juga menegaskan bahawa beliau tidak berniat merampas kuasa generasi baharu, sebaliknya ingin berganding bahu bersama mereka demi mempertahankan masa depan negara.

“Selepas saya pergi, merekalah yang akan take over… Saya ingin bersama yang muda memelihara bangsa, melindungi negara tercinta.”

Hantaran tersebut mencerminkan semangat patriotisme dan keteguhan pendirian tokoh politik paling lama berkhidmat sebagai Perdana Menteri dalam sejarah negara, meskipun dikritik pelbagai pihak agar bersara dari arena politik.

Sumber: FB Tun Dr Mahathir Mohamad

Related Posts