'Takut terkahwin adik sendiri' - Ibu luah rasa sedih, anak terpaksa di-bin-kan dengan 99 nama Allah, si bapa abai tanggungjawab | The Reporter

‘Takut terkahwin adik sendiri’ – Ibu luah rasa sedih, anak terpaksa di-bin-kan dengan 99 nama Allah, si bapa abai tanggungjawab

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pernah tular sebelum ini, seorang pemengaruh yang dikenali sebagai Cik Pia, meluahkan rasa terkilan apabila anak yang baru dilahirkannya perlu dibinkan dengan Abdullah kerana sikap suaminya yang dikatakan tidak bertanggungjawab. Suaminya yang juga merupakan seorang pemengaruh tidak memberikan kerjasama untuk hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi proses pendaftaran anak mereka. 

Bagai satu persatu dugaan yang ditanggung, Cik Pia sekali lagi berasa sedih apabila anak yang baru dilahirkannya itu perlu dibinkan dengan memilih antara 99 nama Allah.

Melalui hantarannya di TikTok, dia menyelar tindakan suaminya yang memberikan alasan terlalu sibuk sehingga tidak berkesempatan untuk hadir ke JPN, sedangkan dilihat suaminya itu mempunyai masa untuk membuat sesi siaran langsung di media sosial.

“Pedih bagai dihiris hati ini. Bapa masih (masih sempat) live, masih ada masa ke sana ke sini dengan “makwe” tapi untuk datang ke JPN daftarkan anak tak ada masa,” tulisnya.

Katanya lagi dia bukan sengaja untuk menolak apa yang diusulkan oleh pihak JPN, namun kerana lebih memikirkan kesan kepada anaknya pada masa akan datang. 

@norsufiajohari pedih bagai dihiris hati ini..bapak masih live masih ade masa kesana kesini dgn “makwe” tp utk dtg ke JPN daftarkan ank xde masa..#fyp #trending #tiktokmalaysia #tiktok #viral #fypage #fypシ゚viral #fypシ #tiktokviral #tiktoker ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

“Bukan tak nak letak 99 nama Allah, tapi bila memikirkan keturunan untuk masa depan Arumi. Andai bapak dia kahwin empat dan kami tak kenal anak-anak yang lain, takut terkahwin adik sendiri. Betapa ramai yang ibu dan anak teraniaya macam ni oleh orang lelaki. 

“Bertanggungjawab wahai suami, bukan mintak harta. Hanya menagih belas ihsan untuk letak nama keturunan anak tu je,” katanya.

Sumber: TikTok Nursufiajohari

Leave a Reply
Related Posts