Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pempengaruh media sosial, Imran Bard, terus menjadi perhatian selepas menerima kecaman susulan memuat naik gambar menyusukan anak babi ketika bercuti di Thailand. Gambar itu mengundang pelbagai reaksi, termasuk kritikan terhadap tindakannya yang dianggap membuka ruang fitnah.
Baca: Imran Bard dikecam gara-gara foto susukan anak babi di Thailand
Seorang pengguna, @munirahsyedabubakar, menegur Imran menerusi ruangan komen dengan menyatakan:
“Adik dalam tak sedar, awak buka sebenarnya. Insya-Allah harini mungkin susah nak terima, lambat laun boleh faham. Allah berikan yang terbaik buatmu.”
Imran kemudiannya membalas teguran tersebut dengan menafikan dakwaan bahawa dia membuka ruang fitnah. Dia menegaskan, posting tersebut adalah berkongsi pengalaman peribadinya.

“Saya tak buka ruang fitnah pun. Kalau saya tak post pun, babi masih di mana-mana. Saya post pun sebab ini first time dapat suapkan babi susu. So ini pengalaman yang indah buat saya, mungkin bukan untuk orang lain.
“Dalam tak sedar orang kita yang suka fitnah dulu sebelum selidik,” katanya.
Kenyataan Imran itu terus mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen. Ada yang menyokong tindakannya sebagai satu bentuk kebaikan terhadap haiwan, manakala ada juga yang menegaskan perlunya menjaga sensitiviti masyarakat.
Sumber: Instagram Imran Bard