Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pempengaruh media sosial, Muhammad Al Imran Badaruddin atau lebih dikenali sebagai Imran Bard, menerima kecaman hebat daripada pengikutnya selepas memuat naik foto menyusukan seekor anak babi ketika bercuti di Thailand.
Menerusi perkongsian di Instagram, Imran dilihat mengenakan t-shirt hitam dan seluar jeans hijau sambil memegang botol susu untuk menyusukan anak babi tersebut. Posting itu disertai kapsyen “Cute Thai” bersama emoji haiwan babi, yang segera mencetuskan pelbagai reaksi.
Sebahagian netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Imran, mendakwa ia membuka ruang untuk fitnah.
“Islam mengharamkan perbuatan fitnah, namun dalam masa sama seseorang itu wajib mengelakkan diri daripada membuka ruang untuk difitnah,” tulis seorang netizen.
“Demi mengejar followers… Banyak-banyak binatang, kenapa binatang tu yang dia pilih… walaupun dia tak pegang,” komen seorang lagi netizen.
Namun, tidak semua mengecam tindakan Imran Bard. Sebahagian netizen tampil mempertahankannya dengan alasan Islam mengajar umatnya untuk berbuat baik kepada semua haiwan tanpa diskriminasi.
Seorang netizen, @peruzzzz, menulis, “Kesian tengok mentaliti Melayu kat ruang komen ni. Babi tu haram dimakan dan dipegang, itu tak bermaksud kita kena zalimi binatang tu. Binatang tu patut disayangi juga cuma kita diharamkan untuk makan dan pegang.”
Selain itu, seorang lagi netizen, @yayayusof, menyindir kritikan yang diterima: “Alaaa babi je, takkan nak snap gambar pun tak boleh. Awak pegang raba-raba aweks dan balaks boleh.”
Manakala pengguna @skyisblue31 pula berkata, “Malu la kat orang luar tengok orang Islam Malaysia kolot gila. Islam tak ajar pun untuk tak berbuat baik pada binatang. Dia tak pegang pun. Babi tu pun duduk dalam kandang je. Tak bersentuhan. Kita manusia ni pulak perangai macam babi.”
Sumber: Instagram Imran Bard