Pempengaruh media sosial, Maryam yang juga isteri kepada pempengaruh Ryzal Ibrahim, berkongsi pengalaman peribadinya apabila ditanya seorang rakan dari Korea mengenai keyakinannya terhadap agama Islam.
Menerusi perkongsian di media sosial, Maryam berkata dia mengakui kepercayaannya terhadap Islam ketika berkongsi perbualannya bersama seorang rakan dari Korea yang ingin mengetahui pegangan agamanya.
Menurut Maryam, apabila mengenang kembali perjalanan hidupnya, beliau menyedari terlalu banyak perkara yang berlaku dirasakan tidak mungkin terjadi tanpa pertolongan Allah SWT.
Katanya, keyakinan terhadap pertolongan Allah menjadi antara sebab utama dia memilih Islam sebagai pegangan hidup.

Maryam menjelaskan keputusan mengikuti Islam bukan disebabkan paksaan atau pengaruh mana-mana pihak, sebaliknya lahir daripada keinginannya sendiri untuk menjalani kehidupan dengan penuh rasa syukur terhadap segala nikmat yang diberikan Allah.
“Dan sebab tu saya ikut Islam. Bukan sebab orang suruh, tapi sebab saya nak hidup dengan rasa syukur atas semua nikmat yang Allah dah bagi,” katanya.
Baca juga:
- PAS tuntut penjelasan penangguhan permohonan pengampunan Najib
- Kerajaan Sarawak tanggung kos pendidikan anak mendiang jururawat Debra
- ‘Pintu helikopter BO-105 memang boleh ditanggalkan’ – Isteri Kapten Zainol Afiq

Dalam pada itu, Maryam turut meluahkan rasa syukur apabila rakan-rakannya menunjukkan minat untuk memahami kehidupan dan pegangan agamanya selepas perubahan tersebut.
Menurutnya, perkara paling menggembirakan baginya adalah apabila mereka benar-benar ingin mengetahui serta memahami perjalanan hidupnya sebagai seorang Muslim.








