Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Bagaikan sepi dari kontroversi, ada ura-ura mengatakan Datuk Seri Vida dikatakan sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan.
Tidak melatah dengan spekulasi tersebut, Vida bagaimanapun menjelaskan buat masa ini dia tidak boleh berkongsi apa-apa berita kerana menghormati beberapa pihak lain.
“Memang kalau ikutkan, saya kurang kontroversi kebelakangan ini. Tetapi itu disebabkan kesibukan saya menguruskan beberapa hal peribadi.
“Bukan mahu menyorokkan berita baik, cuma nanti sahajalah. Bila tiba masa sesuai, saya akan kongsi,”ujarnya.
Desas desus tersebut mula menjadi buah mulut apabila video muzik single raya baharunya, Muah Muah Raya tidak mencetuskan sebarang kontroversi sebaliknya mendapat pujian ramai.
Bercakap tentang single raya baharunya, tambah Vida, kekangan waktu juga menyebabkan dia tidak dapat mempromosikan lagu tersebut seperti sebelum ini.
“Memang orang puji, ramai suka tetapi itulah, memang situ sahajalah lagu itu. Tidak seperti lagu-lagu sebelum ini.
“Pasrah juga bila keadaan itu berlaku. Rasa rugi bila tak dapat rangka promosi dengan baik. Nak buat macam mana, saya sibuk,” katanya.
Sumber: Utusan Online








