Anak Amyza Aznan, Adrian curi perhatian di pentas TTMM | The Reporter

Anak Amyza Aznan, Adrian curi perhatian di pentas TTMM

Adrian Adam menyampaikan lagu Ku Mohon di pentas TTMM sambil menerima standing ovation daripada penonton.
Adrian sampaikan lagu Ku Mohon

Anak kedua kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mencuri perhatian ramai apabila membuat penampilan istimewa di pentas program Talk To My Manager (TTMM).

Adrian tampil mempersembahkan lagu Ku Mohon nyanyian asal Datuk Sheila Majid sebelum menerima sorakan dan standing ovation daripada penonton yang hadir.

Persembahan tersebut terlebih dahulu diumumkan oleh pengacara Aznil Nawawi sebelum Adrian naik ke pentas. Suara merdu anak muda itu nyata menyentuh hati ramai sehingga ada penonton dilihat gagal menahan sebak.

Malah, pengurus artis program TTMM turut kelihatan mengalirkan air mata ketika menyaksikan persembahan berkenaan.

https://www.tiktok.com/@astrogempak/video/7640866260774882580?_r=1&_t=ZS-96RxoBrVTZl

Juri tetap, AC Mizal turut memuji kualiti vokal Adrian dan menyifatkan suaranya sedap didengar meskipun menyampaikan lagu tersebut dalam keadaan duduk.

Sementara itu, Amyza, 49, memaklumkan anaknya kini sedang giat menjalani rawatan bagi menangani kanser tulang yang dihidapinya.

“Sekarang ini dia sedang mendapatkan rawatan.

“Seterusnya baru kita tahu ketumbuhannya sudah merebak atau tidak,” katanya.

Baca juga:
https://www.tiktok.com/@fariqkhaled1/video/7640903422337699092?_r=1&_t=ZS-96Rxpsphvef

Perkongsian itu sekali lagi membuatkan ramai penonton tersentuh hati, lebih-lebih lagi selepas melihat ketabahan Adrian membuat persembahan di hadapan umum.

Terdahulu, Amyza pernah berkongsi khabar duka apabila Adrian disahkan menghidap kanser tulang pada bulan Ramadan lalu.

Related Posts