Bisnes merosot, Zul Yahya dedah anak isteri terpaksa bermalam di kedai | The Reporter

Bisnes merosot, Zul Yahya dedah anak isteri terpaksa bermalam di kedai

Zul Yahya memaklumkan dia sekeluarga bermalam di kedai akibat perniagaan merosot
Gambar: Facebook Zul Yahya

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelakon Zul Yahya sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas berkongsi keadaan hidupnya yang sedang berdepan ujian kewangan menerusi satu siaran di TikTok baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Zul dilihat menceritakan keadaan keluarganya yang kini terpaksa bermalam di kedai makan miliknya buat sementara waktu kerana berdepan masalah tunggakan bil dan perniagaan yang semakin merosot.

Menurut Zul, situasi itu berlaku sementara dia berusaha menyelesaikan beberapa urusan kewangan yang sedang dihadapi selain mencari lokasi baharu yang lebih strategik untuk meneruskan perniagaan.

“Saya dan anak-anak semua tidur kedai hari ni sementara nak selesaikan masalah kami sementara ni, mungkin seminggu kot lagi. Moga-moga Allah permudahkan urusan kami, dipermudahkan.

“Kami macam balik cuti raya. Bila cuti raya tidur kat ruang tamu ramai-ramai. Kami lapan oranglah kat sini tidur ramai-ramai,” katanya.

Baca juga:

Menerusi hantaran tular di Thread, seorang lelaki turut meminta orang ramai yang mempunyai lokasi perniagaan strategik di sekitar Ipoh agar tampil membantu Zul Yahya yang difahamkan sedang mencari tempat berniaga baharu namun berdepan kekangan modal.

Related Posts