'Sepatutnya Syahmi Sazli yang menang kategori Artis Komedi Popular, bukan Bell Ngasri' - Penyokong tegar - The Reporter

‘Sepatutnya Syahmi Sazli yang menang kategori Artis Komedi Popular, bukan Bell Ngasri’ – Penyokong tegar

Penantian rakyat Malaysia untuk melihat calon kegemaran mereka, Bell Ngasri menggondol Anugerah Bintang Popular akhirnya tercapai malam tadi.

Sejak undian Top 5 bermula, nama Bell Ngasri sudah menjadi fenomena dan tular di semua platform dalam kategori Artis Komedi Popular.

Dalam ucapannya malam tadi, beliau amat menghargai kesungguhan seluruh rakyat Malaysia yang mengundinya sehingga dia berjaya memegang trofi bersejarah itu.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada penganjur, Berita Harian. Berkat undian dan berkat doa seluruh rakyat Malaysia, saya sendiri tak percaya dalam dewan penuh dengan peminat Anna Jobling dan Meerqeen. Tetapi Alhamdulillah, semua boleh ucap yak yak yeay!

“Dapatlah satu anugerah yang ada perkataan popular yang tidak pernah saya impikan. Saya pernah dapat trofi Aktor Pembantu Lelaki Terbaik, tetapi anugerah dari segi populariti, ini yang pertama saya bersyukur. Terima kasih semua yang mengundi.

“Tak lupa juga pencipta watak Barkoba Allahyarham Mamat Khalid, saya tak pernah saya lupakan jasanya. Arwah sentiasa dalam doa saya. Yak Yak Yeay!,” katanya.

Penyokong Syahmi Sazli tak puas hati dengan keputusan ABPBH35

Namun begitu, disebalik kemenangan Bell, ada juga beberapa pihak yang mempertikaikan kemenangan tersebut dan menyebut nama selebriti yang sepatutnya memegang trofi bagi kategori Artis Komedi Popular.

“Sepatutnya Syahmi yang layak memenangi kategori artis komedi popular. Apa sahaja jasa Syahmi yang dia tak buat, berlakon,melawak, mengarahkan filem yang membawa keuntungan besar.

“Juga dapat mencipta aiskrim dimana dapat memberi pengaruh meluas kepada peniaga air balang di luar sana. Sepatutnya inilah pengorbanan besar yang harus dipandang oleh rakyat Malaysia semua.

“Tak mengapa, Mi. Kamu tak menang di ABPH, tapi kamu menang di hati semua. Sampai dua kategori Bell kaut. Sepatutnya bintang paling popular bagi pada Syahmi, pelapis muda dalam dunia seni tanah air.

Tambahnya lagi, sebagai peminat Syahmi dia akan mengadakan protes dengan keputusan semalam.

“Kami akan bermogok lapar seminggu tanda protes. ABPBH tahun ni saya bagi rating 1/10,” tulisnya.

Bagaimanapun hantarannya dikecam ramai dan netizen tetap dengan pendirian memilih Bell Ngasri sebagai juara di hati mereka.

Sumber: Berita Harian, B40 Buat Perangai Apa Harini

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!