Rakaman dron Haroqs jadi bukti dunia, dedah detik cemas sebelum diserbu tentera Israel | The Reporter

Rakaman dron Haroqs jadi bukti dunia, dedah detik cemas sebelum diserbu tentera Israel

Haroqs menggunakan dron untuk merakam pergerakan tentera Israel sebelum kapal Alcyone diserbu ketika misi flotila kemanusiaan Palestin.
Rakaman dron Haroqs sebelum kapal Alcyone yang dinaikinya diserbu tentera Israel.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Peserta Global Sumud Flotilla 2.0, Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs, sempat merakam detik-detik cemas sebelum kapal Alcyone yang dinaikinya diserbu tentera Zionis.

Rakaman tersebut dipercayai diperoleh menerusi dron miliknya yang diterbangkan lebih awal bagi memantau pergerakan kapal tentera Zionis dari jarak jauh ketika misi berlangsung.

Visual itu kini menjadi perhatian ramai apabila dikatakan mampu menjadi bukti penting kepada masyarakat antarabangsa berhubung tindakan agresif tentera Zionis terhadap misi kemanusiaan di perairan antarabangsa.

Malah, ada pihak menyifatkan visual tersebut berpotensi digunakan sebagai bahan bukti dalam sebarang prosiding di mahkamah antarabangsa berkaitan tindakan ketenteraan terhadap peserta flotila.

Sebelum ini, aktivis kemanusiaan, Dr Taufiq Raziff menerusi satu hantaran di platform Threads turut mendedahkan pengorbanan yang dibuat oleh Haroqs.

Menurut beliau, ramai tidak mengetahui bahawa Haroqs sanggup mewakafkan dron bernilai kira-kira RM15,000 demi menjayakan misi berkenaan.

“Dia infaq dron berharga RM15,000 untuk misi ini. Jadi dia terbangkan dron itu untuk tengok kapal pengganas Zionis dari jauh,” tulisnya.

Tambah Dr Taufiq, Haroqs juga sudah bersedia untuk mengorbankan dron tersebut dengan mencampakkannya ke laut sekiranya dipintas, bagi mengelakkan maklumat sensitif di dalam peranti itu jatuh ke tangan tentera Zionis.

Baca juga:

Beliau percaya dron berkenaan merupakan antara sumber utama pendapatan Haroqs sebagai jurugambar dan pencipta kandungan visual, namun peserta misi itu memilih untuk mengorbankannya demi perjuangan kemanusiaan.

“Saya percaya dron itu dia guna sebagai income utama dia sebagai photographer, tapi infaq itu jadi sangat bernilai bila kita korbankan apa yang paling kita cintai,” katanya lagi.

Dalam perkembangan semasa, Sumud Nusantara Offical memaklumkan kesemua bot telah dipintas dan pihak mereka sedang menunggu maklumat lanjut mengenai penculikan haram terhadap peserya GSF.

Related Posts