Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menegaskan kecintaannya terhadap agama, bangsa dan tanah air adalah sesuatu yang tidak mampu diukur dengan sebarang nilai.
Menerusi kenyataan ringkas di media sosial, beliau berkata sekiranya perkara itu terus dipersoalkan, beliau tidak mempunyai apa-apa lagi untuk dijelaskan.
“Sayang saya pada agama, bangsa dan tanah air ini tiada nilainya. Jika itulah yang dianggap dan diperkatakan akhirnya, saya tiada apa-apa yang mampu untuk diperkatakan lagi,” katanya.
Baca juga:
- ‘Saya menentang mana-mana kerajaan tebuk atap’ – Dr Akmal Saleh
- Sim gesa BN Negeri Sembilan hormati objektif penubuhan Kerajaan Perpaduan
- PN Negeri Sembilan sedia bekerjasama dengan BN
Kenyataan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan teguran Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung pertelagahan antara Akmal dan pemimpin Pemuda DAP.
Sebelum ini, Ahmad Zahid menegaskan bahawa sebarang permasalahan melibatkan pemimpin parti perlu ditangani secara berhemah, tanpa mencampuradukkan urusan perundangan dengan keputusan politik.
Menurut beliau, jika sesuatu isu jelas melanggar undang-undang, maka ia sepatutnya diserahkan kepada pihak berkuasa, manakala hal berkaitan politik pula perlu diselesaikan menerusi saluran parti.
Namun begitu, beliau tidak menyebut secara khusus nama Muhamad Akmal atau pemimpin Pemuda DAP, sebaliknya menekankan bahawa kepimpinan parti telah membuat keputusan dan semua pihak wajar mematuhinya demi menjaga keharmonian dalam kerajaan.
Teguran tersebut timbul selepas Pemuda DAP Pulau Pinang menggesa kepimpinan parti memutuskan hubungan politik dengan Muhamad Akmal berikutan tindakannya menganjurkan protes berkaitan isu Jalur Gemilang dipasang terbalik yang disifatkan sebagai provokatif.
Sumber: Akmal Saleh, Sinar Harian




