'Saya tidaklah terlalu berharap orang bagi duit raya kepada Bilal' - Neelofa anggap duit raya RM14K yang diterima Bilal tahun lalu sebagai rezeki - The Reporter

‘Saya tidaklah terlalu berharap orang bagi duit raya kepada Bilal’ – Neelofa anggap duit raya RM14K yang diterima Bilal tahun lalu sebagai rezeki

Aidilfitri tahun lalu, pasangan Neelofa dan Muhammad Haris mengakui terkejut apabila anak mereka, Muhammad Bilal, menerima duit raya lebih dari RM14,000.

Bagaimanapun untuk tahun ini, Neelofa, 34, tidak memikirkan tentang duit raya anak sulungnya itu, apatah lagi memikirkan tentang jumlah yang bakal diterima.

Bagi Neelofa, pemberian duit raya itu adalah rezeki Bilal dan dia tidak pernah meminta sesiapa untuk berbuat demikian.

“Saya tak minta pun. Jumlah yang diterima tahun lalu adalah rezeki dia. Ketika itu, Bilal baru empat bulan dilahirkan. Jadi, ramai orang beri perhatian kepadanya.

“Saya tidaklah terlalu berharap orang bagi duit raya kepada Bilal, tahun ini. Ada rezeki, Alhamdulillah,” katanya.

Dalam temubualnya bersama Berita Harian, Neelofa meluahkan rasa bersyukur diberi kesempatan belajar dan mengamalkan ilmu baharu. Malah dia gembira dapat meraikan tradisi Syawal yang baharu bersama keluarga Haris.

“Dahulu, malam raya saya sibuk main bunga api, berjaga malam borak dengan sepupu sampai pagi. Tetapi selepas berkahwin, saya belajar untuk menghidupkan malam raya.

“Malam itu juga dianggap malam di mana doa mustajab. Jadi, daripada kita berjaga malam untuk berborak, baik kita beribadat.

“Alhamdulillah, banyak yang saya belajar dengan keluarga Haris. Saya mula-mula macam pelik, tapi apabila saya membaca fadilat dan amalan Syawal, saya baru tahu,” katanya.

Sementara itu, Neelofa memaklumkan sambutan Aidilfitri tahun ini disambut secara sederhana bersama keluarganya di ibu negara.

Neelofa yang kini berbadan dua menjelaskan, proses kehamilannya tidaklah sukar kerana tidak mengalami sakit sendi atau tulang tulang, membolehkan dia melakukan kerja-kerja harian seperti biasa.

“Alhamdulillah, hamil anak kedua ini lebih senang. Mungkin ini rezeki saya dikurniakan kehamilan yang mudah. Tiada ‘mood’, sakit sendiri atau tulang belakang, semuanya tiada.

“Jadi, selagi ada tenaga dan kudrat, saya buat sahaja kerja harian,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!