Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
BRAZIL – Seorang wanita yang otaknya sudah tidak lagi berfungsi (brain dead) disimpan untuk hidup selama 123 hari kerana kehamilannya, sebelum doktor sempat menyambut kelahiran bayi kembarnya yang sihat secara pembedahan.
Setelah didiagnosis, Frankielen mengalami pendarahan dalam otak yang agak teruk. Selepas tiga hari menjalani ujian dan imbasan, doktor mengisytiharkan otak Frankielen sudah tidak lagi berfungsi dan Muriel dimaklumkan bayi kembarnya dalam kandungan isterinya mungkin tidak dapat bertahan.
“Kami buat ultrasound pada embrio dan menyangka kandungan Frankielen sudah tidak bernyawa. Tetapi alangkah terkejutnya kami apabila mendapati mereka masih hidup. Organ-organ Frankielen semuanya juga masih baik dan berfungsi seolah-olah dia masih bersama kami.
Ahli Terapi Muzik, Erika Checan, berkata, “Kami menemui lagu kanak-kanak dan memainkannya untuk bayi kembar di rahim Frankielen. Malah kami juga membuat lagu secara eksklusif untuk mereka.
Bayi kembar, Ana Vitoria dan Asaph dilahirkan dengan berat masing-masing 3 kg dan 2.9 kg. Kedua-duanya dimasukkan ke inkubator selama tiga bulan dan kini dijaga oleh Angela Silva, ibu kepada Frankielen Padilha, selain dari turut menjaga anak perempuan pasangan itu yang berusia dua tahun.
![]() |
| Muriel dan ibu mertuanya, Silva |
“Saya sangat banga dengan anak saya. Meskipun sukar menerima hakikat kehilangannya tetapi dia adalah pejuang sehingga nafas terakhirnya, melindungi anak-anaknya yang cantik dan memberi mereka kehidupan sehingga saat dia pergi buat selama-lamanya,” kata Silva.
“Sayang, saya tak boleh kembali kepada awak lagi. Saya kini berada di tempat yang indah dan perlu kekal di sini. Awak ada tanggungjawab yang besar untuk digalas dan awak perlu jaga anak-anak kita. Awak perlu tabah dan teruskan kehidupan awak…”















