Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
BEIJING, CHINA – Telefon pintar jenama Apple sangat terkenal dengan kualiti, selain harganya yang mahal. Jika sebelum ini, ada remaja perempuan yang sanggup menjual sebelah buah pinggangnya demi mendapatkan iPhone, baru-baru ini juga ada seorang remaja perempuan yang sanggup mengadai kesucian dirinya demi benda yang sama.
Difahamkan, sebahagian dari iklan tersebut adalah benar dan seorang Vlogger dari Beijing yang dikenali sebagai Nana, mengambil keputusan untuk memberi pengajaran kepada salah seorang daripadanya.
Pada awalnya, Nana menyamar sebagai Setiausaha kepada seorang lelaki kaya dan mengatur pertemuan dengan Xiao Chen. Nana bertanya kepada Xiao Chen, apa tujuan dia menjual daranya itu.
Panik dengan keadaan itu, Xiao Chen cuba melarikan diri dan namun dihalang dan ditahan di atas katil sambil menjerit ketakutan.
















