Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Usahawan dan pempengaruh, Prince Syed, 32, menjadi perhatian apabila video beliau memberi wang tunai RM30,000 kepada isterinya, Fatin Syazwani Ishak, 26, untuk berbelanja, tular di media sosial.
Tindakan itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen, ada yang menyokong dan ada juga yang mengecam.
Menjawab kritikan, Prince Syed menegaskan bahawa pemberian tersebut adalah caranya menghargai isteri.
“Bukan nak menunjuk, membazir atau takbur, cuma itu cara saya hargai isteri. Lagipun, banyak kes perceraian sekarang, jadi pokok pangkalnya adalah menghargai sesama sendiri,” katanya memetik laporan dari Harian Metro.
Beliau turut menambah, setiap suami mempunyai cara tersendiri menghargai isteri, dan bagi dirinya, wang bukanlah segalanya.
“Cuma zaman sekarang, nak masuk tandas pun kena bayar. Jadi, kena faham dua perkara – tak ada cinta, tak bahagia, tak ada duit pun tak bahagia,” jelasnya.
Prince Syed turut berharap agar netizen mengambil sisi positif daripada video tersebut dan tidak menyebarkan kebencian.








