Majlis perkahwinannya diadakan dengan penuh meriah dan lancar. Pernikahan antara IH, 23 dan AY, 25 berlangsung di Kampung Cimaladewa, Desa Pakuon, Kecamatan Sukaresmi, Cianjur, Jawa Barat.
Tetapi tidak disangka, ada perkara besar yang disembunyikan oleh pengantin.
Setelah tiga hari melangsungkan perkahwinan, pengantin dan keluarga pengantin perempuan terkejut apabila mendapati pengantin lelaki adalah seorang wanita.
Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh bapa kepada pengantin perempuan.
Perkara itu mula disedari oleh pengantin perempuan yang berasa curiga dengan tindakan suaminya yang tidak mahu menyentuhnya walaupun sudah tiga hari bernikah.
Bukti kukuh mula diperolehi oleh bapa pengantin perempuan apabila dia menguruskan pendaftaran nikah anaknya di sebuah pejabat agama di Kecamatan Sukaresmi dan dia mendapat tahu identiti sebenar ‘pengantin lelaki’.
Kisah perkahwinan ini mula tular dan difahamkan ada yang mendakwa AY ada meminjam wang daripada seorang individu dipercayai untuk digunakan bagi majlis pernikahan.
Sumber: Tribun Trends