Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pelawak terkenal dilaporkan ditahan di Jeddah kerana dipercayai memiliki dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan menunaikan umrah.
Memetik Utusan, pelawak berkenaan dipercayai ditahan dua bulan lalu di Lapangan Terbang Jeddah dan masih berada dalam tahanan bagi tujuan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
Difahamkan, selebriti berkenaan menunaikan umrah bersama rakan-rakannya namun telah ditahan selepas disyaki membawa bahan terlarang.
Akaun media sosial milik selebriti berkenaan masih dilihat aktif, namun beberapa hantaran yang dimuat naik dipercayai dikendalikan oleh pasukan pegurusannya.
Pelawak berkenaan juga dikatakan bakal muncul dalam satu program televisyen yang telah dirakam lebih awal sebelum insiden penahanan berlaku.
Ketika ini juga, tiada kenyataan atau maklumat lanjut mengenai kesahihah berita tersebut.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen seolah sudah dapat meneka siapakah selebriti berkenaan.