Tan Sri Pandikar Amin Mulia menarik perhatian ramai apabila menyatakan beliau pasti memenangi kerusi DUN Pintasan dalam PRN17.
Presiden USNO itu berulang kali mengulangi keyakinannya sambil mencabar pihak yang meragui peluangnya dengan ungkapan, “Saya akan menang. You wanna bet with me?”.
Mengimbas PRN 2020, Pandikar hanya tewas tipis sebanyak 84 undi ketika bertanding atas tiket USNO. Beliau memperoleh 2,660 undi, manakala Datuk Fairuz Renddan menang dengan 2,744 undi. Kali ini, beliau tampil sebagai calon kerajaan di bawah GRS dan yakin pemilihan calon gabungan itu dilakukan dengan teliti untuk memastikan kemenangan.
Baca juga:
- ‘PAS wajar diberi laluan terajui jawatan PM’ – Isham Jalil
- UMNO kekal sokong Kerajaan Perpaduan hingga PRU akan datang
- ‘Malaysia tidak perlukan Rashid Maidin 2.0’ – Pemuda MCA
Pandikar turut mengakui bahawa dalam mana-mana pilihan raya akan wujud unsur sabotaj atau boikot, namun menegaskan perkara itu tidak menjejaskan fokus utamanya. Katanya, matlamatnya tetap untuk menang di Pintasan dan memastikan GRS kekal kuat di kawasan-kawasan ditandingi.
GRS bertanding di 55 kerusi DUN pada PRN kali ini melalui enam parti komponen termasuk Gagasan Rakyat, USNO dan PCS. Isteri Pandikar, Puan Sri Diana Diego @ Yusrina Sufiona, turut dicalonkan di DUN Sekong, kawasan yang pada PRN16 dimenangi Warisan dengan majoriti 1,599 undi.
Sumber: Awani








