MP Masjid Tanah cadang Hospital Putrajaya dinamakan sempena Tun Dr Hasmah | The Reporter

MP Masjid Tanah cadang Hospital Putrajaya dinamakan sempena Tun Dr Hasmah

MP Masjid Tanah cadang Hospital Putrajaya dinamakan sempena Tun Dr Siti Hasmah.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mencadangkan Hospital Putrajaya dinamakan sempena Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mencadangkan supaya Hospital Putrajaya dinamakan semula sebagai Hospital Tun Dr. Siti Hasmah bagi mengenang jasa dan sumbangan Allahyarhamah terhadap pembangunan sektor kesihatan awam negara.

Cadangan itu dikemukakan ketika perbahasan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga Ahli Parlimen Larut, menyambut baik cadangan berkenaan.

Malah, beliau menyatakan kesediaan untuk merealisasikan cadangan itu sekiranya diberi mandat membentuk kerajaan pada masa hadapan.

“Kita boleh cadangkan. Kalau kerajaan tak buat, lain kali kita buat, insya-Allah,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027.

@wanhadi21

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


MP Masjid Tanah cadang tukar nama Hospital Putrajaya. Harini hari perbahasan belanjawan 2027. Apa kaitan tukar nama Hospital dengan Belanjawan 2027 ? #belanjawan2027

♬ original sound – Wan Hadi – Wan Hadi

Terdahulu, Mas Ermieyati mencadangkan agar Hospital Putrajaya menggunakan nama isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu sebagai tanda penghormatan terhadap sumbangan Allahyarhamah dalam bidang kesihatan.

Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali meninggal dunia pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada 28 September lalu.

Jenazah Allahyarhamah kemudian disemadikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.

Related Posts