Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon Zara Zya kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab blogger yang didakwa telah memfitnahnya sehingga menjejaskan nama baiknya.
Melalui kenyataan yang disiarkan di Instagramnya, Zara percaya blogger terbabit cuba mendapatkan publisiti murahan dengan memuat naik tajuk sensasi, sedangkan artikel di dalam post tersebut tidak kaitan dengan tajuk tersebut.
“Terdapat satu posting bertajuk “Hari kekasih kantoi leher Zara Zya penuh love bite?” melalui Facebook page ‘Kami’ yang cuba menjatuhkan reputasi saya.
“Kenyataan fitnah tersebut langsung tidak berkaitan dengan isi kandungan artikel itu. Saya percaya blogger tersebut cuba mendapatkan publisiti murahan dengan tajuk-tajuk sensasi namun ianya jelas satu fitnah dan menjatuhkan nama baik saya.
“Tajuk tersebut jelas memberikan gambaran negatif dan menimbulkan salah faham sekiranya pembaca hanya membaca tajuk tanpa membaca isi kandungan keseluruhannya,” katanya yang hanya menyedari perkara itu selepas dimaklumkan oleh peminat.
Ekoran itu, Zara telah merujuk kepada peguamnya dan meminta blogger terbabit memadamkan posting itu serta membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tiga hari atau berdepan dengan tindakan saman bagi membersihkan nama baik dan reputasinya di mana fitnah itu turut memberi kesan buruk kepada imej keluarga dan perniagaannya.
Dalam kenyataan itu, Zara turut menjelaskan, gambar pelakon Zarina Zainuddin juga tiada kena mengena dengan tajuk artikel itu.
Sumber: Zara Zya








