Pelakon Lydia Ibtisam dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di hospital, menurut perkongsian pelakon dan penyanyi, Elliza Razak.
Elliza menerusi hantaran di media sosial memohon orang ramai mendoakan agar Lydia diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan.
Menurut Elliza, Lydia yang pernah bekerjasama dengannya menerusi drama Impian Illyana kini berdepan komplikasi kesihatan selepas penyakit autoimun yang dialaminya hampir lapan tahun menyerang organ dalaman.
“Dengan berat hatinya saya nak inform dekat semua sahabat di sini tentang keadaan sahabat baik saya Lydia Ibtisam. Beliau dalam keadaan sangat kritikal sekarang di hospital.
“Mohon semua boleh tadah tangan doakan dia diberi keajaiban untuk sihat semula,” katanya.
Elliza turut mengajak orang ramai mengadakan solat hajat untuk mendoakan kesembuhan Lydia atau nama sebenarnya, Nur Ibtisam binti Abdul Wahab.
Baca juga:
- Bekas peserta progam realiti dipenjara 10 hari, gagal bayar RM108,200
- Jururawat dedah Azhan Rani konsisten derma darah setiap dua minggu
- Pelakon wanita mengaku tak bersalah kes tuntutan palsu insentif PERKESO

Dalam hantaran sama, Elliza meluahkan rasa sedih melihat keadaan Lydia yang kini semakin lemah selain berharap keajaiban berlaku buat sahabatnya itu.
“Lydia, aku tak boleh terima tengok hang keadaan lemah macam ni. Hang kuat Lydia. Aku sayang hang sangat-sangat. Moga Allah SWT permudahkan urusan hang,” tulisnya.








