'Mereka yang keluar sekejap boleh kekal di luar untuk selamanya' - Presiden UMNO - The Reporter

‘Mereka yang keluar sekejap boleh kekal di luar untuk selamanya’ – Presiden UMNO

UMNO dan perpaduan parti
Foto : Facebook Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan ahli parti yang memilih untuk ‘keluar sekejap’ boleh terus kekal di luar selama-lamanya, mencerminkan ketegasannya dalam memperkukuhkan perpaduan dalaman parti.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menjelaskan bahawa, UMNO kini berdepan cabaran akibat perpecahan dalaman, yang menyumbang kepada pencapaian hanya 26 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022.

Menurutnya, matlamat utama ketika ini adalah untuk menyatukan semula ahli parti, dan mereka yang sudah keluar tidak perlu kembali.

Baginya, individu yang memilih untuk meninggalkan parti buat sementara waktu juga tidak perlu kembali kerana UMNO mahu mengekalkan kesetiaan dalam kalangan ahli yang ada.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut menegaskan lebih baik parti mempunyai kelompok ahli yang kecil tetapi setia, berbanding mengekalkan individu yang tidak memberikan kesetiaan sepenuhnya. Beliau menyifatkan kehadiran mereka yang hanya membawa masalah dalaman boleh merosakkan usaha perpaduan dalam parti.

Dalam masa yang sama, Ahmad Zahid menjelaskan beliau tidak menghalang sebarang kritikan terhadap dirinya secara peribadi. Namun, tindakan akan dikenakan terhadap mereka yang mengkritik parti secara terbuka kerana tindakan tersebut dilihat sebagai satu bentuk ancaman kepada kestabilan UMNO.

Sumber: Podcast Utama – Buletin Utama TV3

Total
0
Shares
Total
0
Share