'Majikan bermewahan tapi pekerja tercungap-cungap' Tular dakwaan BubbleBee lambat bayar gaji, tak carum KWSP pekerja - The Reporter

‘Majikan bermewahan tapi pekerja tercungap-cungap’ Tular dakwaan BubbleBee lambat bayar gaji, tak carum KWSP pekerja

Satu surat terbuka tular di media sosial yang dimuat naik oleh seorang individu mengecam tindakan selebriti dan juga usahawan, Shuib yang didakwa tidak menjaga kebajikan pekerja.

Menerusi surat tersebut, individu berkenaan mendakwa syarikat minuman Bubblebee yang diusahakan oleh Shuib itu tidak mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) buat pekerja di situ.

“Sampai bila ya tak nak bayar KWSP pekerja? Setiap bulan dalam slip gaji untuk EPF ditolak sedangkan dalam i-Akaun KWSP tiada transaksi kemasukan duit dibuat.

“Kemana pergi duit yang hilang hasil daripada penolakan EPF? Pekerja bukan sorang dua tapi beratus,” katanya.

Bukan itu sahaja, individu ini juga mendakwa pembayaran gaji juga dibayar lewat.


“Cut off gaji 23 haribulan tapi gaji tetap dapat lewat. Setiap double pay dan OT dibayar lewat pertengahan bulan. Anda boleh membeli warehouse yang baru tapi boleh tahu kenapa tida membayar KWSP pekerja?

“Berapa ramai pekerja keluar masuk dalam beberapa tahun ni disebabkan isu KWSP ni. Mana hak sebagai seorang pekerja?” soalnya.

Menurut individu ini, aduan ke KWSP dan Buruh telah dibuat tetapi keadaan masih sama berlaku. Oleh yang demikian, cara begini sahaja dikatakan mampu menyedarkan mana-mana pihak.

Dalam masa sama, individu ini juga menyatakan setiap komen yang ditinggalkan menerusi Instagram selebriti berkenaan mengenai isu gaji dan KWSP akan dipadam dan disekat.

Walaupun hasil jualan dikatakan mencecah RM150 juta, tetapi individu ini mengatakan pelbagai potongan dibuat termasuk tuntutan perubatan pekerja dengan alasan hasil jualan perlahan. Selain itu juga, dia mendakwa pekerja tidak merasai bonus dari hasil keuntungan yang diumumkan.

Sementara itu, menerusi ruangan komen pula, bekas pekerja di rangkaian minuman teh susu dan jenama teh buih Malaysia itu turut mendakwa mengalami nasib yang sama ketika masih bekerja di disitu.

Sumber: TikTok Penuntut Keadilan

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!