Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
BRUNEI – Viral video bapa kepada seorang pelajar memarahi dan mengasari guru sekolah anaknya sehingga mengalami kecederaan yang serius di bahagian perut.
Berdasarkan komen netizen, Cib Scxso, dua lelaki terbabit datang ke sekolah untuk berunding dan mendapatkan kepastian dari guru berkenaan apa sebenarnya kesalahan anaknya.
Menurut seorang lagi netizen, Timotius Jaunis, dua lelaki berkenaan pada awalnya mahu menyelesaikan kes itu secara baik. Malangnya guru berkenaan mula berkasar dengan mereka.
“Yang si adik kepada bapa pelajar itu ditampar oleh cikgu. Yang si bapa ini pula cuba untuk tidak menumbuk tetapi cikgu itu yang mula menumbuk, terus si bapa ini membalasnya,” katanya.
Tidak kiralah siapa yang betul atau siapa yang salah, janganlah memilih kekasaran untuk menyelesaikan masalah. Lebih memalukan apabila kejadian itu berlaku di sekolah, tempat anak-anak mencari ilmu. Ibu bapa juga dinasihatkan tidak terus percaya bila anak membuat aduan. Sebaliknya siasatan dan dapatkan kepastian dari guru sekolah.










