'Kenapa Puteri Sarah tiba-tiba minta duit lebih banyak? Ia tak masuk akal & kita terpaksa lawan' - Syamsul Yusof jelaskan punca sebenar dia enggan lafazkan cerai - The Reporter

‘Kenapa Puteri Sarah tiba-tiba minta duit lebih banyak? Ia tak masuk akal & kita terpaksa lawan’ – Syamsul Yusof jelaskan punca sebenar dia enggan lafazkan cerai

Enggan terus difitnah, pengarah Syamsul Yusof tampil memberi penjelasan mengenai keengganannya melafazkan cerai terhadap isteri pertama, Puteri Sarah Liyana.

Menurut Syamsul, dia berjumpa dengan Puteri Sarah pada hujung minggu lalu untuk berbincang tentang terma dan syarat yang bersesuaian dengan kehendak masing-masing.

“Dia minta satu jumlah yang saya boleh katakan besar. Ramai sebenarnya tak setuju yang saya bersetuju dengan apa yang Puteri Sarah minta, tapi okey saya setuju.

“Puteri Sarah juga meminta saya menarik balik permohonan nusyuz yang mengatakan dia ada hubungan dengan suami orang.

“Saya kata boleh tarik. Begitu juga dengan Puteri Sarah, kita tak nak panjangkan benda ini. Saya cakap denganya, saya tarik kes nusyuz dan dia juga (perlu) tarik kes isteri kedua saya, Ira Kazar.

“Alhamdulillah, dia bersetuju, saya juga bersetuju. Kita dah mencapai kata sepakat. Tetapi beberapa hari lalu tiba-tiba saya mendapat satu perjanjian baru daripada Puteri Sarah dan peguamnya.

“Ia memang berlainan daripada persetujuan perjanjian asal. Pihak Puteri Sarah yang menukar secara tiba-tiba, meminta lebih lagi, meminta duit yang lebih banyak, meminta harta-harta yang lebih banyak yang pada saya tak masuk akal.

“Dia juga meminta saya tidak mendedahkan jumlah yang diminta. Memang saya takkan sebut. Tetapi sekarang dia putar cerita bahawa saya yang tukar perjanjian, saya yang buat ‘u-turn’.

“Sarah sebenarnya kenapa tiba-tiba minta duit banyak lagi? Saya tak faham. Padahal yang diberikan itu pun dah lebih daripada perlu. Tetapi dia minta lebih lagi.

“Kalau itu pilihan Sarah, saya tak boleh dapat kata sepakat dan kita terpaksa lawan. Jadi kita serahkan kepada mahkamah,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!