Syed Saddiq & Bella Astillah pilih 10.10 sebagai tarikh bahagia | The Reporter

Syed Saddiq & Bella Astillah pilih 10.10 sebagai tarikh bahagia

Syed Saddiq dan Bella Astillah umum tarikh perkahwinan 10 Oktober
Tangkap layar sesi photoshoot praperkahwinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah yang dikongsikan menerusi Facebook.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi serta pelakon, Bella Astillah mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan pada 10 Oktober depan.

Pengumuman tarikh bahagia itu dibuat secara langsung menerusi program MeleTOP di Astro Ria, malam tadi. Syed Saddiq turut memaklumkan majlis persandingan akan diadakan di beberapa lokasi termasuk Kuala Lumpur, Muar dan Sabah.

Majlis pernikahan pasangan itu dijadual berlangsung di Menara Merdeka Maybank yang merupakan antara bangunan tertinggi di dunia.

@mymeletop

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ada ada je Nabil ni nak kena pakai oksigen pula hahaha 🤣 📺 Astro Ria 104 | Astro GO | sooka ⏰ 9 malam Strim lebih, jimat lebih dengan Astro X3: Epic Pack. Dari RM159.99/bln*, nikmati 140+ saluran, sukan LIVE serta 7 aplikasi penstriman popular seperti Netflix, Disney+, iQIYI, Prime Video dan banyak lagi. Memang puas hati sekeluarga! #JomUsha @MeleTOP #AstroX3 #OnDemand #MeleTOP

♬ original sound – MeleTOP – MeleTOP
Baca juga:

Syed Saddiq berkata, mereka hanya mempunyai kira-kira 100 hari untuk membuat persiapan perkahwinan. Perancangan majlis hanya dapat dimulakan selepas beliau menyelesaikan proses berkaitan kes di Mahkamah Persekutuan pada Julai lalu.

Beliau turut berkongsi berita berkenaan menerusi hantaran di media sosial dengan memuat naik tarikh “10.10” serta ucapan, “Moga ALLAH memberkati ikatan perkahwinan kami. We’re getting Married!”.

Hantaran itu turut menerima komen daripada orang ramai yang mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan selain menyatakan tidak sabar untuk melihat majlis perkahwinan mereka.

Syed Saddiq menegaskan perkahwinan mereka bukan sekadar penyatuan antara dua individu, sebaliknya turut melibatkan keluarga termasuk anak-anak Bella.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dalam majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat.

Related Posts