'Kau takkan boleh lari punya' - Shuib berang difitnah CEO Helmie, bakal ambil tindakan? - The Reporter

‘Kau takkan boleh lari punya’ – Shuib berang difitnah CEO Helmie, bakal ambil tindakan?

Shuib difitnah CEO Helmie

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira bin Muhamad, meluahkan rasa kecewa selepas difitnah oleh seorang TikToker bernama CEO Helmie.

Dalam sesi siaran langsung bersama pengikutnya di TikTok sebentar tadi, Shuib turut menegaskan bahawa syarikat miliknya, Bubblebee, masih merupakan perniagaan milik bumiputera.

Masih pegang 60% saham Bubblebee

Penjelasan itu dibuat susulan dakwaan yang ditularkan oleh TikToker tersebut, mengatakan bahawa Bubblebee bukan milik bumiputera dan hanya menggunakan nama Shuib sebagai ‘kambing hitam’. Shuib menjelaskan, syarikat itu dimiliki olehnya dengan pegangan saham sebanyak 60%, manakala bakinya dipegang oleh rakan kongsinya berbangsa Cina.

“Apa benda awak ni CEO Helmie? Sebab tu saya cakap awak ni b*****g. Sekarang ini bila saya cari awak, DM awak, awak tak nak balas. Bila saya cari awak, awak lari-lari.

“Tapi awak ingat, awak takkan boleh lari punya. Awak akan hadap muka saya, awak akan ingat muka saya ni macam mana,” luah Shuib, menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan CEO Helmie yang enggan bersemuka dengannya.

Sudah lama pendam rasa

Menurut Shuib, dia sudah lama memendam rasa akibat pelbagai tuduhan melibatkan perniagaannya, Bubblebee.

“Saya sedih. Kita buat macam-macam, berusaha keras untuk Bubblebee. Jatuh bangun tu saya anggap itulah perniagaan, itulah juga sesi pembelajaran saya.

“Tapi apabila datangnya orang macam ni yang meracuni fikiran orang lain dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan fitnah seperti ini, sudah tentu orang akan berfikir, “Tak payahlah support Bubblebee. Mengarutlah Shuib ni, dari dulu lagi mengarut. Dia ni macam-macam, buat semua benda mengarut. Kau tengoklah, company Bubblebee bukan dia punya, dia ni kambing hitam je. Diusung ke sana sini, keluar beritalah, apalah. Padahal belakang dia Cina”.

“Saya bangunkan Bubblebee sejak lima tahun lalu, macam-macam dugaan saya lalui. Tapi kadang-kadang bila adanya orang seperti CEO Helmie ini, saya tak tahu apa penyakit dia. Saya tak pernah berjumpa atau menyakitkan hati dia. Tiba-tiba dia bantai dan fitnah Bubblebee macam ni,” katanya lagi.

Tetap ambil tindakan

Dalam pada itu, Shuib menekankan pentingnya berdepan dengan pihak yang mempunyai masalah secara bersemuka atau melalui saluran yang betul, bukannya membuat tuduhan melulu di media sosial.

“Kalau kau hanya sekadar nak memuaskan nafsu serakah nak maki, kutuk, keji dan kondem orang dengan menggunakan media sosial, kau dah silap,” tegasnya.

Shuib turut meminta bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat tentang keberadaan CEO Helmie dan dipercayai bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pempengaruh tersebut.

“Ingat tau, bila mana orang itu mengambil tindakan terhadap kita dan bila proses itu sudah berjalan, awak kena pergi menghadap mahkamah, cari peguam, awak ingat itu satu perkara yang mudah? Tidak. Perkara itu akan menyusahkan awak, melibatkan duit dan masa. Jadi, fikirkan baik-baik.

“Tetapi untuk CEO Helmie, saya akan tetap jalankan kerja saya. Kalau sesiapa yang mungkin tahu keberadaan CEO Helmie, boleh DM saya sebab minggu ini memang kami mencari CEO Helmie,” katanya. – The Reporter

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!