Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Susulan muzik video Abang Nak Tegur nyanyian Dato’ Aliff Syukri dan Nur Sajat dikecam hebat oleh netizen sehingga mendapat lebih 200,000 dislike, KRU Music memuat naik muzik video versi kedua.
Muzik video Abang Nak Tegur 2.0 yang dinyanyi Dato’ Aliff bersama dengan isterinya, Datin Nur Shahida di channel KRU Music, mendapat reaksi positif dari netizen.
“Ini baru betul, suami isteri nyanyi. Suara Aliff Syukri sebenarnya sedap. Cuma sebelum ini suara Sajat saja yang tak sedap. Muzik video yang shoot di luar negara itu edit dan ambil part Dato’ saja. Yang part isteri Dato’ tu shoot dalam Malaysia. Yang versi Sajat itu buang,” kata Wak Doyik.
Bagaimanapun timbul persoalan netizen, tidakkah Dato’ Aliff terasa rugi kerana banyak menghabiskan duit pergi ke luar negara untuk merakam muzik video itu sebelum ini.
“Dato’ tak rasa rugi dah ke berhabis duit melancong sana sini. Last-last video di rumah sendiri tanpa perlu bajet yang banyak juga, yang orang suka. Jujur saya katakan, saya takkan dislike video ini,” kata Henshin.











