David Beckham masih simpan tiket train mengandungi nombor telefon Victoria, netizen kata 'Ini baru betul cinta sejati' - The Reporter

David Beckham masih simpan tiket train mengandungi nombor telefon Victoria, netizen kata ‘Ini baru betul cinta sejati’

Kisah percintaan mereka mekar sehingga kini walaupun kedua-duanya sudah mempunyai menantu. Pasangan selebriti terkenal dunia, David Beckham dan Victoria(Posh Spice Girls) dikhabarkan sudah menginjak ke usia 24 tahun perkahwinan.

Semasa wawancara di dalam program Tonight Show, David Beckham ditanyakan tentang pertemuannya dengan Victoria. Rancangan tersebut telah lama disiarkan tetapi menjadi tular semula di media sosial.

Beckham dan Victoria pertama kali bertemu pada pertengahan tahun 1990-an. Ketika itu Beckham merupakan pemain sepak bola muda di dalam kelab Manchester United, dan Victoria pula adalah salah seorang anggota kumpulan pop terkenal, Spice Girls.

@fallontonight

@David Beckham shares how he met @Victoria Beckham over 20 years ago ❤️ #FallonFlashback #DavidBeckham #VictoriaBeckham

♬ original sound – FallonTonight

“Pertama kali saya bertemu dengannya, dia datang menonton semasa perlawanan di London bersama pengurusnya.

“Ketika itu Spice Girls sangat terkenal tapi saya saat tu baru saja mahu bangunkan karier saya.

“Saya akui Victoria adalah salah seorang ahli kumpulan Spice Girls yang saya minat,” katanya.

Semasa kali pertama melihat Victoria, Beckham berkata dia tidak berpeluang berbual dengan Victoria.

“Tapi selepas seminggu, dia datang kembali ke Manchester untuk melihat perlawanan, jadi saya mengambil peluang cuba untuk dapatkan nombor telefonnya.

“Kami berbual sekitar satu jam di ruang rehat pemain dan kemudian Victoria mencatatkan nombor telefonnya di tiket kereta api. Tiket tu saya masih simpan sehingga kini, dalam masa 20 tahun lebih dan telah memiliki empat orang anak,” katanya.

David Beckham dan Victoria melangsungkan perkahwinan pada 4 Julai 1999 dan menjadi perhatian media antarabangsa.

Pasangan selebriti ini seringkali dijadikan contoh oleh peminat mereka dan meletakkan pasangan ini sebagai satu pasangan yang setia dan memiliki cinta sejati.

Sumber: Fallon Tonight

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!