Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon dan ikon Islamic dalam industri hiburan Malaysia, Haryati Hamzah atau lebih dikenali sebagai Yatt Hamzah, semalam memuat naik luahan ketidakpuasan hatinya terhadap pihak Booking.Com yang telah membatalkan tempahan hotelnya secara tiba-tiba tanpa sebab sehingga menimbulkan kesulitan.
Menurut Yatt, sebelum ini juga dia pernah mengalami masalah dengan pihak yang sama di mana dia menempah bilik seperti yang diiklankan, namun apabila sampai, dia diberikan bilik yang lain.
“Siapa-siapa yang ada pengalaman yang sama seperti kami di hotel ini? Mohon minta management berhijrah. Firstly upgrade the cleanliness dulu ya! Seriously Mak Yong ni nak muntah every time masuk toilet.




















