As’ad Motawh nafi kata pergi sekolah buang masa, tapi merujuk dirinya yang lebih memilih 'homeschooling' - The Reporter

As’ad Motawh nafi kata pergi sekolah buang masa, tapi merujuk dirinya yang lebih memilih ‘homeschooling’

As’ad Motawh

Kenyataannya melalui sebuah podcast baru-baru ini mengundang kecaman ramai. Dalam kenyataan tersebut dia menyatakan bersekolah merupakan satu perkara yang membuang masa.

Sedar dirinya menerima kecaman ramai, penyanyi As’ad Motawh menafikan tuduhan tersebut sebaliknya menyatakan kenyataan tersebut telah disalahtafsirkan. Dia menyatakan apa yang ingin disampaikan sebenarnya adalah bersifat peribadi.

Perkara itu juga merujuk kepada dirinya sendiri yang tidak gemar pergi ke sekolah harian dan lebih memilih untuk belajar secara ‘homeschooling’.

“Saya tidak pernah berkata ‘awak tidak perlu pergi ke sekolah’. Ayat saya adalah ‘Saya bukan seorang manusia yang suka ke sekolah dan saya anggap itu adalah membuang masa’.

“Kenapa saya rasa itu membuang masa? Kerana saya rasa, saya ada rezeki untuk menjadi penyanyi dan ikut kaedah pembelajaran di rumah atau ‘homeschooling’.

“Kalau ‘homeschooling’, saya hanya perlu ke sekolah biasa selama enam jam sehari, sebanyak dua kali seminggu.

“Dalam tempoh itu, saya belajar macam-macam ilmu sejak Tingkatan 4 dan 5. Sebenarnya saya boleh berbuat demikian (‘homeschooling’) sejak awal lagi, boleh jimat banyak masa,” katanya.

Sumber: Kosmo Online

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!