'Kebanyakan masa yang saya habiskan di sekolah adalah buang masa sahaja sebenarnya' - Asad Motawh - The Reporter

‘Kebanyakan masa yang saya habiskan di sekolah adalah buang masa sahaja sebenarnya’ – Asad Motawh

Penyanyi Asad Motawh, baru-baru ini telah mengkritik sistem pendidikan semasa dalam wawancara dengan Azri Walter. Menurut Asad, banyak masa yang dihabiskan di sekolah adalah sia-sia dan tidak berkaitan dengan apa yang dia lakukan sekarang.

Anak muda berusia 23 tahun itu berpendapat, sistem pendidikan perlu diubah mengikut arus kemodenan di mana segala-galanya sentiasa berubah. Tambahnya, dia lebih suka belajar di rumah sambil membangun karier sebagai penyanyi.

Namun, Asad menegaskan dia bukanlah mengajak orang lain untuk berhenti sekolah. Sebaliknya, dia mencadangkan agar mereka membuat pilihan berdasarkan keadaan dan minat mereka sendiri.

@youusaff

Korang sekolah sampai umur berapa?

♬ original sound – Yousaf – Yousaf

Sistem sekolah perlu diubah

“Sekolah? Hmm bila saya muda dulu, saya rasa macam.. dalam segala hal yang saya lakukan sekarang, kebanyakan masa yang saya habiskan di sekolah adalah buang masa sahaja sebenarnya.

“Benda yang saya belajar dengan benda yang saya buat sekarang tidak ada banyak berkaitan (perkara yang dipelajari) dengan sekolah. Seperti dalam hal belajar sains sampai ke tahap yang sangat maju, semua benda-benda pelik ini.. untuk saya, tak perlu.

“Saya rasa mungkin sistem sekolah boleh diubah kerana kita hidup dalam dunia moden. Di mana segala-galanya sentiasa berubah kan? Tapi sistem sekolah tidak berubah.

“Ada seseorang pernah berkata yang sekolah ini dicipta kerana dia mahu mencipta generasi pekerja.

“Bergantung pada apa yang anda mahu lakukan dalam hidup. Untuk saya, saya bukanlah peminat sekolah, tak minat sangat. Tapi saya juga perlu menambah untuk orang faham – janganlah berhenti sekolah (disebabkan pandangannya).

“Bila saya nak berhenti sekolah tu, saya nak mula home school. Ini kerana saya dah bina sesuatu. Saya (ketika itu) dah ada 300,000 pengikut di instagram. Saya tahu cara untuk mendapatkan keuntungan daripadanya, iaitu dengan menyanyi. Jadi pilihlah nak sambung belajar sepenuh masa atau separuh masa di rumah,” katanya.

Sekolah bukan tempat untuk bazir masa

Kenyataan Asad telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen. Ada yang bersetuju dengan pandangannya, sementara yang lain berpendapat bahawa pendidikan adalah penting dan sekolah bukanlah pembaziran masa.

Misalnya, seorang netizen bernama OJ menekankan bahawa sekolah sangat penting bagi profesion seperti doktor. Sementara itu, Hazim setuju dengan Asad, menyatakan bahawa jika berada di tempat Asad, dia akan membuat pilihan yang sama.

Namun, ada juga yang berpendapat bahawa sekolah bukanlah pembaziran masa dan memberikan banyak manfaat. Seorang netizen bernama KT berkata, “Sekolah bukanlah pembaziran masa dan kita sebenarnya mendapatkan banyak manfaat daripadanya.

Sementara itu, Dam pula menegaskan bahawa sekolah bukanlah untuk ‘melahirkan pekerja’ tetapi untuk melahirkan orang yang berilmu.

Sumber: TikTok

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!