Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Penyanyi muda, As’ad Motawh, baru-baru ini dalam satu kenyataan memaklumkan dia tidak suka pergi ke sekolah dan menganggapnya sebagai pembaziran masa.
Kenyataan tersebut telah menimbulkan kontroversi di kalangan netizen, termasuk pempengaruh TikTok terkenal, Imran Bard.
Imran Bard, melalui video di TikTok, menyanggah pandangan As’ad dengan mengatakan, “Tak ada istilah sekolah ini membuang masa, pada saya. Tak ada! Pergi sekolah!
“Kalau kau kaya, kau boleh cakap sekolah buang masa pada saya. Tak ada. Pergi sekolah!
“Kalau kau kaya, kau boleh cakap sekolah (itu) membuang masa. Sebab apa? Sebab kau boleh home school. Mak bapa kau kaya, boleh bela kau. Kau boleh mewarisi harta mak bapa kau. Masa depan kau cerah,” tegasnya.
Menurut Imran, pendidikan formal seperti sekolah adalah penting, terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai kekayaan keluarga untuk diwarisi.
Imran juga menekankan pentingnya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai tahap minimum pendidikan.
“Kalau kau miskin, tak payah cakap sekolah membuang masa. Kau nak kerja Speedmart pun kena ada SPM. Kalau jadi manusia, SPM pun tak ada… kau tak ada beza dengan Rohingya,” ujarnya.
Tinjauan di ruang komen, ramai yang bersetuju dengan pandangan Imran. Malah ramai yang terkejut melihat sisi Imran yang serius, kerana dia sebelum ini dikenali dengan sifatnya yang kelakar.
Sumber: TikTok