Catatan doa dan persiapan Haji Lisa Surihani raih perhatian | The Reporter

Catatan doa dan persiapan Haji Lisa Surihani raih perhatian

Catatan nota kuliah agama dan doa persiapan haji milik Hajah Lisa Surihani yang dipuji kerana kemas, tersusun dan penuh dengan ilmu bermanfaat.
Tangkap layar video Lisa Surihani yang dimuatnaik oleh Dr Amirul Hassan di TikTok.

Perkongsian seorang individu dikenali sebagai Dr Amirul Hassan mengenai nota catatan peribadi pelakon, Datin Lisa Surihani mencuri perhatian ramai di media sosial.

Menerusi video yang dikongsikan, Dr Amirul meluahkan rasa kagum apabila melihat buku nota milik pelakon itu yang dipenuhi dengan catatan ilmu agama sebagai persediaan rohani untuk menghadapi hari-hari haji.

“Amaze sangat dengan catatan Hajjah Lisa Surihani sebagai persediaan rohani beliau sendiri menghadapi hari-hari haji. Banyak doa-doa yang saya kongsi, dia sendiri aware dan hafal, MasyaAllah,” katanya.

Menurut Dr Amirul, Lisa turut memohon orang ramai mendoakan agar dirinya terus istiqamah dalam memperbaiki amalan dan kekal berada di jalan agama.

Dalam rakaman tersebut, Dr Amirul menunjukkan buku catatan milik Lisa yang dikatakan diisi hasil kehadirannya ke pelbagai kuliah agama.

“Okay, mari kita tengok buku Hajah Lisa Surihani. Okay, kita tengok ni, MasyaAllah,” ujarnya sambil membelek helaian nota berkenaan.

@dramirulhassan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Amaze sangat dengan catatan Hajjah #lisasurihani sebagai persediaan rohani beliau sendiri menghadapi hari-hari haji. Banyak doa-doa yang saya share dia sendiri aware dan hafal masyaallah. Beliau meminta doa kita agar terus istiqamah dalam beragama. #Haji2026 #Mekah #saudiarabia🇸🇦 #inspiration

♬ оригинальный звук – Ihlas Salih
Baca juga:

Apa yang lebih menarik perhatian netizen ialah tulisan tangan Lisa yang kemas, tersusun dan penuh dengan nota penting berkaitan ilmu agama serta doa-doa yang dipelajarinya.

Ruangan komen turut dibanjiri pujian daripada orang ramai yang menyifatkan usaha pelakon itu sebagai contoh yang baik, terutama dalam usaha menuntut ilmu dan membuat persiapan rohani sebelum menunaikan ibadah haji.

Untuk rekod, bulan lalu Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 40, berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji pada musim haji tahun ini.

Menerusi satu hantaran di Instagram sebelum ini, pelakon tersebut melahirkan rasa syukur apabila menerima jemputan Allah SWT untuk menunaikan rukun Islam kelima bersama jutaan umat Islam dari seluruh dunia.

Related Posts