Seekor gorila di Jepun mencuri perhatian netizen selepas satu klip video menunjukkan dirinya duduk bersendirian dalam posisi yang nampak seperti sedang ‘berfikir panjang tentang kehidupan’.
Gorila tersebut dikenali sebagai Kiyomasa, seekor jantan western lowland berusia 13 tahun yang tinggal di Taman Zoologi dan Botani Higashiyama di Nagoya.
Menariknya, Kiyomasa bukanlah nama asing dalam dunia haiwan popular. Kiyomasa merupakan anak kepada Shabani, gorila silverback yang suatu ketika dahulu pernah tular kerana rupa parasnya yang dianggap ‘handsome’ oleh peminat haiwan di seluruh dunia.

Dalam video berdurasi sekitar satu minit itu, Kiyomasa dilihat duduk menyendiri selepas didakwa bergaduh kecil dengan pasangannya. Pose yang diambilnya dengan tangan disilang, satu lagi tangan menyentuh mulut, dan mata merenung jauh membuatkan ramai netizen terhibur.
Baca juga:
- Gorila Kiyomasa tular, muka ‘overthinking’ lepas bergaduh dengan pasangan
- Selat Hormuz ditutup sepenuhnya susulan serangan AS
- Gempa 7.8 Magnitud: Video bangunan sekolah di Mindanao, Filipina runtuh tular
Tak lama selepas video itu tersebar di media sosial, ruangan komen mula dipenuhi reaksi yang penuh humor. Ramai pengguna berkongsi bahawa ekspresi Kiyomasa itu sangat ‘relatable’, seolah-olah menggambarkan situasi selepas bergaduh dengan pasangan atau apabila sedang menyesali sesuatu perbualan.
Ada yang berseloroh bahawa itu adalah wajah seseorang selepas ‘terlebih gurau dengan pasangan’, malah ada juga yang mengatakan ekspresi itu sama seperti suami yang keluar bilik selepas kalah hujah dalam perbualan rumah tangga.
Walaupun tiada kepastian sama ada Kiyomasa benar-benar sedang ‘merenung kesilapan hidupnya’ atau sekadar berehat dalam posisi selesa, satu perkara jelas, momen ini berjaya mencuri hati ramai.









