‘Jangan datang’ bukan doa, Abby Abadi jelaskan maksud hantaran buat anak | The Reporter

‘Jangan datang’ bukan doa, Abby Abadi jelaskan maksud hantaran buat anak

Abby Abadi menjelaskan maksud hantaran ucapan hari lahir buat anaknya.
Abby Abadi menjelaskan maksud hantaran ucapan hari lahir buat anaknya. Gambar: Instagram Abby Abadi

Pelakon Abby Abadi menjelaskan bahawa pesanan dalam hantaran ucapan hari lahir buat anaknya bukan doa, sebaliknya luahan perasaan berhubung keadaan hubungan mereka ketika ini.

Sebelum ini, Abby menerusi hantaran di media sosial menitipkan pesanan buat anaknya. ‘Kalau mama atau abah sakit atau meninggal dunia, jangan datang. Uruskan sahaja kehidupan sendiri. Ini pesan mama buat kali terakhir.’

Menurut Abby, hantaran itu mengundang pelbagai andaian, termasuk dakwaan bahawa beliau mendoakan perkara buruk serta tidak senang dengan majlis yang diadakan pihak lain.

“Orang cakap saya mendoakan. Tapi saya rasa tidak ada pun. Apa yang saya tulis, saya kata jangan datang. Jangan datang itu bukan doa. Itu kenyataan. Kenyataan yang berlaku,” katanya dalam temu bual bersama Melodi.

Abby berkata, beliau tidak mengetahui tentang majlis yang diperkatakan dan menafikan dakwaan bahawa hantaran tersebut dibuat kerana cemburu. Jelasnya, luahan itu juga berkait dengan perasaannya terhadap hubungan dengan anak-anak, namun ada kejadian yang belum bersedia untuk dikongsikan secara terbuka.

“Saya sangat ralat dengan beberapa kejadian yang memang saya tidak kongsi. Cuma kebetulan sebab wish birthday itu, saya tulis sekali,” katanya.

Baca juga:

Menjawab dakwaan bahawa beliau masih belum melupakan bekas suaminya, Norman Hakim, Abby menegaskan beliau tidak mempunyai keinginan untuk kembali bersama. Katanya, orang ramai mengaitkan Norman dengan luahannya kerana perkara tersebut melibatkan anak-anak mereka.

Abby turut mendakwa hubungannya dengan pihak berkenaan menjadi semakin renggang selepas beliau menuntut nafkah yang menurut perkiraannya tertunggak. Bagaimanapun, beliau berkata tetap menghargai layanan baik yang diberikan kepada anak-anaknya.

Ditanya sama ada masih ada ruang untuk berdamai, Abby mengakui belum nampak jalan ke arah itu buat masa ini. Beliau menyerahkan segala urusan kepada Allah dan mendoakan yang baik-baik untuk semua pihak.

“Kalau itu yang anak-anak yang besar rasa terbaik, teruskanlah. Saya tidak ada masalah. Saya sudah berusaha untuk melepaskan segalanya,” katanya.

Related Posts